Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Pengalaman menonton bola sepak di Stadium Darul Makmur ni bagi aku bukanlah yang pertama sebenarnya. Sebelum ni pun aku pernah ke sini beberapa kali bagi beberapa musim sebelum ini. Tapi kali ini adalah satu dua perkara baru yang berbeza daripada pengalaman sebelum ini.

CIMB Liga Super Malaysia 2020 telahpun bermula pada Jumaat yang lepas dimana perlawanan pertama melibatkan pasukan Kedah dan JDT yang merupakan perlawanan Piala Sumbangsih. Akhirnya JDT diangkat sekali lagi menjuarai piala itu bagi 3 kali berturut-turut.


Perlawanan seterusnya adalah pada Sabtu malam yang antaranya melibatkan pasukan Pahang dan Selangor yang bermain di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Jadi dalam perlawanan itu, aku berkesempatan untuk datang dan menyaksikan sendiri secara langsung di stadium bersama rodong yang lain.

Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur


Di Malaysia sudah sinonim, bila korang lahir di negeri tersebut, secara automatik korang akan menyokong pasukan bola sepak negeri tersebut walaupun korang kini menetap di negeri lain bagi tujuan belajar atau bekerja dan sebagainya. Termasuk jugalah aku, dah lahir Pahang, kene lah sokong Pahang.

Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Bagi aku ada 2 perbezaan yang juga pengalaman baru bagi aku kali ini ketika pergi di Stadium Darul Makmur berbanding pengalaman sebelum-sebelum ini.

#1.  Pertama Kali Menonton Di Bahagian Grandstand


Pengalaman ini berbeza sedikit, kerana buat kali pertama aku menonton secara langsung di stadium dibahagian Grandstand. Jika di Stadium Darul Makmur, terdapat 3 jenis tiket iaitu terbuka, berbumbung dan grandstand.


     i. Tidak Perlu Beratur Panjang Untuk Masuk Stadium


Jika anda memiliki tiket grandstand, anda tidak perlu beratur panjang seperti di bahagian lain. Ini kerana peruntukan jumlah tiket di bahagian grandstand tidaklah terlalu banyak. Jadi tak ramai sangatlah orang yang beratur disini. Nak masuk lewat sikit pun, bagi aku ok sahaja.

Tidak Perlu Beratur Panjang Untuk Masuk Stadium

     ii. Disediakan Kerusi


Grandtand ini juga disediakan kerusi plastik yang sama seperti dibahagian tiket berbumbung tetapi dengan kapasiti lebih kecil. Ianya juga disediakan nombor kerusi sebagai tanda. Jika di bahagian terbuka hanya tempat duduk berbatu sahaja.

     iii. Fasaliti Yang Lebih Baik


Berbeza berbanding tiket terbuka dan berbumbung. Disini disediakan kantin untuk korang dapatkan makanan dan minuman sebelum sepak mula ataupun ketika berehat pada separuh masa. Jika di kawasan terbuka, ianya disediakan kedai yang penjualnya datang daripada luar. Kantin ini katanya memang staf di sana.

Selain itu, katanya tandas juga lebih bersih dan pastinya pelawat yang datang lebih selesa untuk urusan ini.

#2.  Pembelian Tiket Hanya Melalui Aplikasi Smartphone


Tidak boleh disangkal, secara tiba-tiba Pahang FA menjadi pasukan pertama dimana, korang boleh beli tiket bola sepak menggunakan aplikasi smartphone sahaja. Jika secara konventional, korang beli tiket fizikal, korang kene beratur berjam-jam untuk dapatkan tiket. Tetapi dengan aplikasi PahangFA ini, korang boleh beli tiket online hanya dihujung jari sahaja.

Baca Juga : Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Pasukan lain ada menyediakan tiket online (ke takda?) tetapi ianya sesuai diakses melalui komputer sahaja. Dengan adanya aplikasi PahangFA ini, guna smartphone pun dah boleh beli tiket. Tambahan lagi, korang tak perlu nak tebus tiket atau print tiket macam di stadium lain. Korang hanya perlu scan QR Kod yang diberi sahaja dan scan di pintu masuk.


Aplikasi PahangFA ini hanya melibatkan perlawanan Home Pahang sahaja. Jadi kalau Pahang bermain di stadium lawan (away), korang kene ikut sistem stadium tersebutlah. Mungkin kene beratur juga.

Jom Tengok Cara Beli Tiket Menggunakan Aplikasi PahangFA


Download terlebih dahulu aplikasi PahangFA melalui platform Android atau iOS di smartphone Korang seperti dibawah

Bil Platform Download
1 Android Tekan Sini
2 iOS (iPhone) Tekan Sini

Sudah selesai, kemudian korang perlu Daftar dengan tekan butang Sign Up. Masukkan email, no kad pengenalan dan password. Akhir sekali, ada perlu verify akaun tersebut melalui email yang dihantar. Kemudia selesai!

Cara Beli Tiket Menggunakan Aplikasi PahangFA

Untuk membeli tiket pula, Korang pergi dibahagian Buy Tickets kemudian pilih perlawanan yang akan berlangsung pada minggu itu dan tekan Buy Tickets.

Korang boleh pilih 5 jenis tiket yang disediakan iaitu, tiket Terbuka (gate 13, 11, 7, 5), tiket berbumbung (gate 8, 10) dan tiket grand stand (gate 1, 2). Untuk harga pula seperti yang ditunjukkan dibawah ini.

# Jenis Tiket Gate Harga
1 Pentas Grand Stand 1 dan 2 RM23
2 Berbumbung 8 dan 10 RM13
3 Terbuka 7, 5, 11 dan 13 RM10

Sudah pilih jenis tiket, korang masukkan jumlah tiket yang ingin dibeli. (Aku beli 3 tiket Grand Stand) dan kemudian tekan Next.

Cara Beli Tiket Menggunakan Aplikasi PahangFA

Bahagian ini, korang perlu masukkan No Seat yang korang ingin duduk kemudian dan panduan kedudukan juga ada disediakan pada bahagian Grandstand Seating Guide. Rasanya untuk tiket terbuka dan berbumbung tidak perlu untuk pilih no seat. Aku pilih K13, K14, K15.

Sudah selesai, korang tekan Next untuk pergi ke bahagian seterusnya. Disini korang perlu masukkan nama kepada pemilik tiket tersebut dan sudah selesai tekan Pay Now.

Akhir sekali barulah pada bahagian pembayaran. Anda perlu masukkan contact information seperti Nama, Email dan No Telefon. Servis caj akan dikenakan. Untuk 3 tiket, aku dikenakan dengan RM1.50 yang mungkin 1 tiket servis caj adalah RM0.50. Lebih berbaloi daripada beratur panjang kan. Akhirnya tekan PAY

Cara Beli Tiket Menggunakan Aplikasi PahangFA

Mereka menyediakan pembayaran melalui online banking sahaja dan senarainya seperti dibawah ini. Ada Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan banyak lagi.

Jika pembayaran selesai, Payment Successful akan muncul. Kemudian mereka akan bagi QR Kod bagi setiap tiket yang dibeli. Jika beli sehingga 5 tiket pun, korang terima 5 QR Kod. Nasihat daripada PahangFA sendiri, sila screenshot siap-siap qr kod tersebut bagi mengelakkan kejadian seperti hilang dan sebagainya berlaku.

Cara Beli Tiket Menggunakan Aplikasi PahangFA

Untuk Masuk Ke Dalam Stadium


Jadi jika korang nak masuk stadium nanti, korang hanya perlu bawa QR Kod yang diberi tersebut dan scan di pintu masuk sahaja. Selepas itu selesai! Sangat mudah seperti ABC

Cara Beli Tiket Menggunakan Aplikasi PahangFA

TETAPI

Untuk pengalaman sendiri, aku bernasib baik kerana pintu Grandstand tidak sesak seperti di pintu-pintu lain. Disebabkan hanya 2 orang sahaja yang scan kod dipintu masuk, proses tersebut menjadi perlahan. Game start pukul 9 dan sudah 8.50 pun, rasanya dekat beratus orang masih lagi beratur untuk scan kod untuk masuk ke stadium.

Sebagai cadangan, selepas ini bagi perlawanan-perlawanan besar, tolong tambah sahaja staf yang scan tiket tersebut dan juga kepada pembeli tiket, datang awal juga ke stadium bagi mengelakkan kejadian lewat masuk stadium.


Selain daripada itu, terdapat lagi 1 masalah iaitu bagi tiket grandstand. Korang bagi pilihan untuk pilih seat tetapi sayang bila masuk, ternyata korang kene duduk secara random sahaja. Jadi sebenarnya pemilihan seat no di aplikasi PahangFA tidak bermakna. Bagi aku, kalau pada awal, ianya tidak perlu, tak perlu masukkan pun seat no tu. Biar random sahaja. 

Mungkin ada yang pengalaman pertama rasa boleh masuk awal, ingat sudah ikut seat no, tetapi ternyata seat sudah diambil orang. Kalau nak buat sistem ikut no seat ini, kene juga sediakan staff yang menjaga.

Ini sekadar cadangan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas ini. Sistem tiket online ini sudah cukup baik cuma perlu kepada pembaikkan sahaja. Semoga terus berjaya selepas ini dan menjadi pelopor kepada pasukan bola sepak tempatan lain.

PahangFA (Tok Gajah)


Inilah antara pengalaman yang aku boleh kongsikan. Jadi lepas ni peminat Tok Gajah lebih mudah berurusan nak beli tiket kan. Beli dari Temerloh boleh, Jerantu boleh, Lipis boleh, Raub boleh dan ditempat-tempat lain. Peminat pasukan away boleh lebih mudah, beli di negeri masing-masing.

Selain itu, cadangan yang diberi itupun moga diambil oleh PBNP supaya ianya menjadi lebih mantap selepas ini. Adat permain ada kalah, ada menang. Yang penting datang sokong. Lagi-lagi yang berada di disekitar Kuantan kan. Apa-apapun Hogoh Pahang Hogoh!

1/Post a Comment/Comments

  1. takde lah mahal sangat tiket grandstan ni ye... kira mampu milik dan selesa lah ya...
    akak sepanjang hidup sekali pun tak pernah layan bola di stadium heheheh... almaklum bukan peminat bola, tapi adik bongsu akak mmg peminat setia... kalau liga malaysia dia sokong jdt lah, kalau luar dia sokong MU, kalau piala dunia lupa lak akak negara mana dia sokong... budak laki kan bola ni mmg kegemaran

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post