12 Waktu Mustajab Doa Supaya Doa Mudah Dimakbulkan

waktu mustajab doa

Carilah waktu mustajab doa supaya permohonan kita lebih mudah dimakbulkan oleh Allah. Islam mengajar kita supaya sentiasa berdoa dan berharap hanya daripada Allah kerana segala perkara sudah ditentukan olehNya.

Kita diajar, jika berada di dalam kesulitan atau kesenangan sekali pun, jangan tinggalkan solat dan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka hambanya yang meminta daripadaNya. Justeru itu, tadahlah tangan dan berdoa.

Tapi mungkin adakalanya doa yang kita pohon tidak dimakbulkan oleh Allah sama ada dalam masa jangka yang sekejab atau jangka masa yang lama. Jadi apa kata selepas ini, kita perkara yang Islam ajar iaitu cari waktu mustajab doa supaya doa kita mudah dimakbulkan.

Baca Juga : Hebatnya Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin

Segala usaha yang kita buat, sudah pastinya Allah akan memandang dan memberi apa yang kita minta yang mungkin baik untuk kita. Justeru itu, jom kita lihat 14 waktu mustajab doa yang kita boleh amalkan sehari-harian

14 Waktu Mustajab Doa Supaya Lebih Mudah Dimakbulkan


1.   Saat Ketikan Azan Berkumandang


Mungkin dikala azan selain daripada menjawab azan, kita boleh berdoa tentang apa hajat kita yang kita mahu daripada Allah

Dari Sahl bin Saad bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Ada dua yang tidak tertolak atau jarang tertolak: Doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Daud, Baihaqi, dan Hakim)

2.   Saat Ketika Azan Dan Iqamah


Sesudah azan, terdapat satu lagi waktu mustajab doa iaitu antara azan dan iqamah iaitu sebelum solat. Jadi pada waktu ini, banyakkan berdoa dan kalau boleh hindarkan berbual kosong waktu tersebut. Lebih baik berdoa kepada Allah kan

Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara adzan dan iqamah tidak ditolak, maka berdoalah kamu” (HR. Ahmad)

3.   Sebelum Memberi Salam Ketika Solat


Dalam solat juga terdapat 1 waktu mustajab doa iaitu sebelum memberi salam. Jangan lupa berdoa ketika ini.

“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bila doa kita didengari oleh Allah? Beliau bersabda: “Di akhir malam dan di akhir solat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘akhir solat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi SAW dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah memberi salam.

12 Waktu Mustajab Doa Supaya Doa Mudah Dimakbulkan

4.   Saat Terjaga Daripada Tidur Pada Malam Hari Bagi Mereka Yang Tidur Dalam Keadaan Suci


Biasakan diri kita tidur dalam keadaan suci. Jika kita terjaga di tengah malam, maka pohonlah doa kepadaNya.

Dari Amr bin Abasah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengkabulkannya.” (HR. Ibnu Majah)

5.   Saat Ketika Berbuka Puasa


Jika saat berbuka, ambil masa sekejab dan berdoa kepada Allah kerana waktu itu juga merupakan antara waktu mustajab doa, lagi-lagi pada bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin Amr Ash bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR.Ibnu Majah dan Hakim)

6.   Waktu Ketika Sujud Dalam Solat


Jika sebelum ini sebelum memberi salam, waktu sujud juga merupakan antara waktu mustajab doa. Panjangkanlah sedikit sujud anda bagi berdoa kepada Allah. Doa di kala sujud iaitu sujud dalam solat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah, dan sujud sahwi. 

Dari Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Saat yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa.” (HR. Muslim)

7.   Ketika Waktu Hujan 


Doa merupakan rahmat kepada umat. Jadi ketika waktu kehujanan, perbanyakkan doa. Insyallah akan dimakbulkan oleh Alah

Dari Sahl bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua doa yang tidak pernah ditolak, doa pada waktu azan dan doa pada waktu hujan.” (HR. Hakim)

12 Waktu Mustajab Doa Supaya Doa Mudah Dimakbulkan

8.   Doa Pada Hari Jumaat


Hari Jumaat merupakan hari barakah iaitu penghulu segala hari. Di dalamnya terdapat waktu yang mana doa kita mudah diangkat oleh malaikat ke langit. Jadi bila tiba hari jumaat, perbanyakkanlah doa pada setiap masa. Pasti Allah akan mendegar doa kita

“Rasulullah SAW menyebutkan tentang hari Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu

9.   Pada Malam Lailatul Qadar


Antara malam yang mulia dari seribu bulan iaitu Malam al-Qadr. Islam ajar, ianya jatuh dalam bulan Ramadhan dan katanya pada 10 malam terakhir. Jadi carilah dan rebutlah serta beribadah dan berdoa pada malam tersebut.

Allah SWT berfirman, “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Q.S Al-Qadr :3-5)

10.   Doa Pada Hari ‘Arafah


Waktu ini juga istimewa yang hanya berlaku pada bulan Haji sahaja iaitu pada bulan Zulkaedah. Perbanyakkan doa pada hari tersebut.

Dari Amr bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya bahwa Rasulullah SAW bersabda,”sebaik-baik doa adalah pada hari ‘Arafah” (HR.Al-Tirmidzi)

11.   Waktu Sepertiga Malam


Waktu ini sangat istimewa dimana dikala ramai yang tidur, kita bangun melakukan soalat dan berdoa kepada Allah. Ianya seakan-akan antara kita dengan Allah sahaja ketikat itu. Doalah banyak-banyak, pasti Allah akan mendengar.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tuhan kita yang Maha Berkah dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir dan berfirman,“Barangsiapa berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon keampunanKu pasti Aku ampuni’” (HR.Bukhari)

Amr bin Abasah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Saat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang terakhir. Kerana itu, jika kamu mempu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)



12.   Ketika Minum Air Zam-Zam


Ketika meneguk atau minum air zam-zam, niat dan berdoa la kepada Allah supaya segala hajat dan permohonan kita dimakbulkan.

“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502)

3/Post a Comment/Comments

Post a comment

Recommended