Dapatkan Akses Buku Digital Daripada Scribd Selama Sebulan Tanpa Kad Kredit

Kini anda boleh mendapatkan akses percuma untuk kandungan buku digital dan audiobook daripada Scribd selama sebulan tanpa menggunakan kad kredit.

Dapatkan Akses Buku Digital Dan Audiobook Daripada Scribd Selama Sebulan Tanpa Kad Kredit

Duduk rumah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Tetapi masih ada yang boleh kita lakukan jika kita pandai mencari peluang dan ruang walaupun duduk di dalam rumah.

Kalau sebelum ini, Menteri ada ajak kita main Tik Tok, kalau bijak, kita gunakan platform tersebut ke arah kebaikkan (tapi kalau tak pandai, tak payah lah). Tetapi ada juga ajakan daripada yang lain seperti membaca buku, bersenam di dalam rumah, bermain video game, hasilkan content di blog atau youtube dan sebagainya.

Baca Juga : Anda Boleh Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Daripada salah satu tersebut, apa kata anda isi ruang dengan membaca. Sebelum ini, saya ada kongsikan dimana Perpustakaan Negara ada memberi akses percuma buku digital sehingga 1 juta naskah yang anda boleh baca selama tempoh PKP ini. Itu juga antara perkara yang baik dengan membaca. Tidak cukup dengan itu, saya kongsikan lagi satu portal dimana anda boleh dapatkan buku digital bersama dengan audiobook yang dinamakan Scribd.

Akses Percuma Scribd Selama Sebulan Tanpa Kad Kredit

Dapatkan Akses Buku Digital Dan Audiobook Daripada Scribd Selama Sebulan Tanpa Kad Kredit

Scribd merupakan sebuah website database yang menghimpunkan berjuta-juta buku digital dan audiobook antrabangsa. Jadi disini hanya terdapat buku di dalam bahasa Inggeris yang mungkin agak mahal jika ingin dibeli secara fizikal jika diluar.

Laman ini pada asalnya, anda boleh membuat pendaftaran secara percubaan selama sebulan tetapi anda perlu masukkan butiran kad kredit. Jadi jika tiada maklumat tersebut, anda tidak boleh daftar untuk percubaan.

Tetapi sempena krisis COVID-19 ini, atas inisiatif pihak Scribd sendiri, mereka telah memberi peluang kepada semua orang untuk dapatkan akses secara percuma selama sebulan TANPA kad kredit bagi menggalakan mereka duduk di rumah.


Untuk mendaftar, anda boleh klik pautan dibawah, kemudian anda boleh tebus akses percuma tersebut bagi semua buku digital dan audibook selama sebulan. Anda boleh menggunakan sama ada akaun Facebook atau akaun Google. Kemudian selesai! 


Selain daripada membaca di laptop di www.scribd.com, anda juga boleh membaca di telefon bimbit dengan install aplikasi Scribd melalui aplikasi appstore, playstore dan Kindle Fire


Selain daripada buku digital, kalau anda malas, anda boleh dengar buku tersebut dengan dibaca kepada anda melalui Audiobook. Selain itu juga, terdapat dokument, jurnal dan magazine yang anda boleh baca melalui Scribd ini.

Jika ianya bermanfaat, sebarkan kepada orang lain dengan tekan butang share. Terima kasih

1/Post a Comment/Comments

Post a comment

Recommended