Cara Semak Baki Akaun BSN Melalui Online Dan SMS Dengan Mudah

Kini menjadi lebih cepat. Ikuti cara semak baku akaun BSN melalui Online dan SMS dengan mudah sahaja tanpa perlu perlu ke bank.

Cara Semak Baki Akaun BSN Melalui Online Dan SMS Dengan Mudah

Zaman teknologi sekarang, banyak perkara yang dahulunya sukar tetapi kini menjadi lebih mudah dan membuatkan kerja lebih cepat. Antaranya adalah semak baki akaun bank tidak kira mana-mana bank yang ada di Malaysia termasuklah Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jika dahulu, kita ingin tahu baki akaun, kita perlu keluar rumah dan memandu pergi ke bank. Kini tidak lagi. Anda boleh dapatkan akses tersebut secara percuma, boleh buat dirumah dan yang pastinya terus mendapat jawapan.

Ikuti disini cara semak baki akaun BSN melalui online dan SMS dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter bank dan mesin ATM.


Semak Baki Akaun Melalui Online

Cara ini anda boleh guna komputer ataupun terus melalui telefon bimbit sahaja. Yang penting, pastikan ada sambungan internet.



Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu pergi ke kaunter BSN dan daftarkan nombor telefon anda dalam perkhidmatan Perbankan Internet BSN. alert-info

Ikuti langkah-langkah berikut di bawah:

Semak Baki Akaun Melalui Online

Langkah 1 : Daftar Terlebih Dahulu Akaun myBSN (Bagi Yang Tiada Akaun myBSN Lagi)

  1. Anda perlu layari laman web www.mybsn.com.my/mybsn/login dan klik pada Register
  2. Langkah seterusnya baca terma dan syarat, tandakan accept dan klik Next
  3. Masukkan maklumat seperti bulan tamat, CVV2 dan nombor Kad Debit / Kredit
  4. Masukkan nombor IC atau nombor passport anda dan jika sudah siap klik Next
  5. Masukkan ID pengguna dan kata laluan dan klik meminta OTP
  6. Kunci OTP yang diterima dan pilih imej keselamatan.
  7. Klik Log masuk Pertama untuk memasukkan butiran kemas kini peribadi

Langkah 2 : Log In Akaun myBSN

Jadi anda sudah boleh semak baki akaun BSN melalui online

  1. Pergi ke laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/login
  2. Selepas itu, log in akaun anda dengan masukkan usernama dan password yang telah di daftar sebentar tadi
  3. Pilih menu maklumat akaun, kemudian pilih menu maklumat baki.
  4. Baki akaun anda akan muncul di skrin telefon bimbit anda

Semak Baki Akaun Melalui SMS

Semak Baki Akaun Melalui SMS

Anda juga boleh gunakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu menggunakan internet pun.

Langkah 1 : Daftar Nombor Telefon Dahulu

Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu pergi ke kaunter BSN dan daftarkan nombor telefon anda dalam perkhidmatan Perbankan SMS BSN. alert-info

ATAU

Daftar Melalui Mesin ATM Sahaja (sekali sahaja) dengan cara :

  1. Pergi ke mesin ATM BSN
  2. Pilih menu Urusan Lain
  3. Tekan butang perbankan SMS dan pendaftaran
  4. Masukan 4 digit no UAC yang akan diterima.
  5. Selanjutnya masukan 4 digit M-PIN + 2 digit UAC



Langkah 2 : Aktifkan Perbankan SMS 

Taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>4 digit UAC XX dan hantar ke 36898

Contoh seperti ini: ACT 111222 123499 hantar ke 36898 alert-success


Langkah 3 : Cara Semak Baki Melalui BSN

Taip BAL<jarak>M-PIN hantar ke 36898 alert-success

Kemudian akan dipaparkan jumlah baki yang ada di dalam akau bank BSN anda.

Selain daripada semak baki, sebenarnya terdapat banyak lagi yang anda boleh buat melalui perbankan SMS ini dengan menggunakan cara yang ditunjukkan di bawah ini.

Transaksi Kod Transaksi SMS
Pembelian Top-up TOPUP<Jarak>M-PIN<jarak> kod.topup<jarak> (no. penerima)
Senarai Kod Top-Up LIST<jarak>TOPUP<jarak>NILAI
Pertanyaan Baki BAL<jarak>M-PIN
Pembayaran Bil BILL<jarak>M-PIN<jarak>kod.bil <jarak>no.akaun.bil <jarak>amaun
Bayaran Kad Kredit BSN Card<jarak>M-PIN<jarak>no.kad kredit<jarak>amaun
Kod Top-Up Bil LIST<jarak>BIL
Pemindahan Dana TRF<jarak>M-PIN<jarak>akaun penerima<jarak>amaun
Pembelian Pin PIN<jarak>M-PIN<jarak> kod.kursus<jarak>no.KP calon
Kod Senarai Kursus LIST<jarak>PIN
Pembelian SSP SSP<jarak>M-PIN<jarak> amaun
Tukar Bahasa CHG<jarak>LANG<jarak>M-PIN <jarak>bahasa.pilihan

5/Post a Comment/Comments

  1. Sekarang semua dah senang dan mudah. Klau bank islam susah sikit. ^^

    ReplyDelete
  2. bagus juga aiman share benda ni, boleh jadi rujukan untuk orang2 yang memerlukannya..

    ReplyDelete
  3. Kenapa saya tak boleh register online ye? Masa dia suruh fill in OTP tu, kita kena masukkan registered phone number dulu. Macam mana nak dapat OTP kalau tak register phone number. Masalah sekarang, nak register online, takde pun space untuk registered phone number. Ke nak kena register phone number kat ATM machine dulu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. kene register no tel dahulu sama ada di bank atau mesin ATM. ianya sebenarnya terpakai untuk semua bank dan semua cara termasuk online. Maaf, saya update dalam post.

      Delete
  4. Kalau acc anak mcm mna nak check ya? Malas nak pergi bank time2 covid ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post