Antara Haiwan-Haiwan Yang Disebut Dalam Al-Quran

Antara Haiwan-Haiwan Yang Disebut Dalam Al-Qurn

Di bulan Ramadan ini kita digalakkan untuk membaca lebih banyak al-Quran yang di dalamnya banyak kebaikkan dan pahal disisinya. Ingatlah setiap pahala akan dilipat kali ganda jika ibadah yang dilakukan terutamanya dalam bulan Ramadan.

Baca Juga : 10+ Jenis Hadiah Untuk Ibubapa Sempena Ramadan

Jadi anda sudah 10 hari Ramadan hari, sudah berapa banyak helaian yang sudah dibaca? Takpa, terserah kepada anda. Yang penting istiqamah walaupun sedikit. Tingkatkan hari demi hari. Bila lagi nak kumpul Pahala berlipat kali ganda kalau bukan dalam bulan Ramadan kan.

Dalam masa kita membaca, apa kata kita tengok sikit atau tadabbur al-Quran. Hari ni kita tengok sikit senarai haiwan-haiwan yang disebut dalam al-Quran. Supaya kita dapat tahu serba sedikit apa yang disebut di dalam al-Quran. Semoga bermanfaat

1.   Kambing (Surah al-An'am 6:143)

Kambing

ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۖ مِّنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ ۗ قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ أَمِ الْأُنثَيَيْنِ أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنثَيَيْنِ ۖ نَبِّئُونِي بِعِلْمٍ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

(Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar". (Surah al-An'am 6:143)

2.   Gagak (Al-Maaidah 5:31)

Gagak

فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ ۚ قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِي ۖ فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (Al-Maaidah 5:31)


3.   Ikan Paus (As-Saaffaat 37:142)

Ikan Paus

فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيم

Setelah itu ia ditelan oleh ikan paus, sedang ia berhak ditempelak. (As-Saaffaat 37:142)

4.   Kupu-Kupu (Al-Qaari'ah 101:4)

Kupu-Kupu

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ

(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kupu-kupu yang terbang berkeliaran, (Al-Qaari'ah 101:4)

5.   Keldai (Al-Jumu'ah 62:5)

Keldai

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu'ah 62:5)


6.   Lalat (Al-Hajj 22:73)

Lalat

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ ۚ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ ۖ وَإِن يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ۚ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Al-Hajj 22:73)

7.   Serigala  (Yusuf 12:13)

Serigala

قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَن تَذْهَبُوا بِهِ وَأَخَافُ أَن يَأْكُلَهُ الذِّئْبُ وَأَنتُمْ عَنْهُ غَافِلُونَ

Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ". (Yusuf 12:13)

1/Post a Comment/Comments

  1. Alhamdulillah sehingga hari ini Allah masih izinkan 1 juz 1 hari, tambah2 pkp, and masih work from home, so byk masa nk selit sambil2 kerja.. Btw thanks for the info

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post