Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger? Boleh Tingkatkan SEO ke?

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger?

Kepada yang masih baru atau tidak tahu akan fungsi Search Descrption pada platfom Blogger, anda boleh baca sedikit penerangan dibawah. Perkongsian ini adalah sedikit daripada pembacaan dan pengalaman saya sendiri selama mana menggunakan akaun blogger.

Di setiap display post akan diberi ruang untuk compose Post dan juga bahagian kanan iaitu bahagian Post Settings. Jadi untuk kali ini, hanya fokus pada bahagian Post Settings. Sebagai penerangan ringkas bagi setiap settings adalah seperti dibawah:

Labels - anda berikan kategori bagi setiap post anda, ianya memudahkan pencarian pembaca berkaitan sesuatu post anda

Schedule - anda dibenarkan untuk set kan bila post anda akan dipublishkan secara automatik pada bila-bila masa dan bila-bila waktu sahaja

Permalink - ia akan menghasilkan URL bagi blog post anda.

Location - menentukan lokasi post anda dibuat

Search Description - atau digelar meta description adalah penerangan awal kepada keseluruhan blog post anda (lebih kurang 180 patah perkataan)

Options - anda boleh benarkan untuk readers letak komen atau tidak

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger? Boleh Tingkatkan SEO ke?

Jadi daripada keseluruhan settings ini, dikecilkan lagi dengan berkaitan fungsi Search Description. Fungsi ini sebenarnya terdapat pada platform Blogger dan juga Wordpress. Tetapi di Wordpress diberi nama Meta Description. Sama sahaja.

Fungsi Search Description

Fungsi search description ini adalah penerangan awal atau pembuka kata kepada keseluruhan kandungan blog post anda. Jadi jika anda buat carian di Google, jika anda perasan ada penerangan di bawah Tajuk Entry tersebut dan itulah kandungan yang ada di Search Description.

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger

Jika dilihat daripada gambar di atas, apa yang saya tulis di Search Description di dalam blog post (gambar pertama) adalah apa yang keluar di bawah tajuk di mesin pencarian Google seperti gambar kedua.

Untuk Wordpress pun sama je fungsinya, tetapi ianya lebih senang kerana terdapat beberapa plug-in yang akan bantu seperti Yeost SEO, Rank Math dan sebagainya. 

Perlu Ke Tulis Search Description?

Jika anda mencari trafik daripada Google Search dan pentingkan SEO, search description ini penting. Ini kerana, di dalamnya juga mestilah di isi dengan keyword yang sama seperti di tajuk blog. Ini akan memberi markah tambahan kepada SEO anda dalam penulisan. Kandungannya pula lebih kurang 180 patah perkataan atau kurang. Jangan lebih sangat, jangan pendek sangat. Just nice!

Tetapi jika anda tidak tulis pada search description ini, Google akan ambil 180 perkataan awal daripada blog post anda secara automatik. Jadi jika tiada, keyword di permulaan ayat anda, kan dah tak strong SEO anda. 

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger

Jadi selepas ini, rajinkan untuk anda spent masa sedikit untuk karang 180 perkataan pada Search Description supaya terdapat juga keyword yang anda target di dalamnya. Sebaiknya, buatlah dalam ayat lengkap supaya mudah dibaca apabila mencari sesuatu informasi terutamanya daripada blog kita.

Jika menggunakan plug-in Rank Math pada Wordpress, setiap setting SEO akan diberi markah, jika anda dapat optimize 100%, artikel anda memang fully optimized dan disukai SEO dan mudah untuk di rangkingkan. Tetapi pada platform Blogger, fungsi itu semua tak ada. Anda kena buat secara manual tanpa tahu adakah ianya optimized atau tidak.

Cara Nak Enable Search Description

Mungkin jika anda baru sahaja dalam dunia blog dan masih belajar, Search Description tidak akan muncul sendiri di Post Settings tetapi anda perlu enable di Setting Blogger anda.

Caranya - Blogger setting > Search Preferences > Meta Tags (Description) > Klik Yes 

Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger

Pada bahagian ini, anda boleh letakkan secara ringkas tentang blog anda. Apa yang anda fokuskan secara keseluruhan blog dalam kurang 150 patah perkataan. Ini juga akan meningkat dan memudahkan mesin carian untuk index blog anda.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara penulisan yang betul bagi mendapatkan skor SEO yang tinggi pada blog post kita. Tajuk juga ada cara tulis, pada permulaan ayat kita juga ada cara menulis, setiap heading, subheading juga penting. Dalam penulisan keseluruhan pun perlu kepada mesra SEO supaya Google kenal post anda.

Sebenarnya, anda boleh google sahaja berkaitan cara tulis mesra SEO ni, ataupun kalau anda tiada masa, anda boleh je dapatkan video tutorial lengkap.

seo algo fixed

Ini bukan eBook, tetapi penerangan dalam bentuk video. Lebih memudahkan dan boleh terus nampak kan. Ianya diajar oleh Pakar SEO Malaysia, Azham Zanal. Jangan risau, kalau tidak faham, akan diberi Group Telegram Support yang diberi oleh tuannya sendiri. Mana siapa yang nak belajar berkaitan SEO dengan seorang guru, boleh cuba SEO Algo Fixed ini. Anda boleh dapatkan di pautan sini atau sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda yang sedang membaca ini. Dan harap anda faham la yek!

6/Post a Comment/Comments

  1. Terima kasih bro. Ilmu yang baru bagi Naim. kena perbaiki yang mana dok ada sekarang. hehe. Salam Ramadhan Kareem

    ReplyDelete
  2. Kalau buat post kena rajin jugak tulis kesemua yang disebelah post setting tu ya.
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. ohh baru tau. tak pernah guna pun benda tu. hehe terima kasih untuk info ni~

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info di atas. Sangat membantu diri saya terutamanya mengenai description ini.

    ReplyDelete
  5. oh begitu, saya dah try buat sambil baca post saudara. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post