Cara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal Dengan Mudah Dan Pantas

Cara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal

Selain sebagai platform perpindahan wang, sebenarnya Paypal juga menyediakan perkhidmatan buat invoice. Ikuti cara buat invoice sendiri menggunakan paypal sahaja.

Invois atau dokumen perdagangan yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli jika ianya dalam skop jual beli. Jadi selepas barang yang diperoleh oleh pembeli, penjual akan mengeluarkan invois kepada pembeli untuk membuat pembayaran.

Buat Invois Dalam Ruang Lingkup Sebagai Blogger

Dalam skop atau ruang lingkup sebagai blogger pula, kebiasaanya kita akan menyediakan dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau client. Sebagai contoh, jika client ada menawarkan kita job seperti produk review, sponsored artikel review dan sebagainya, jadi blogger yang akan keluarkan invois atau dokumen perdagangan tersebut.

Jadi tidak boleh tidak, blogger kena sediakan satu invoice yang akan diberi kepada client sebagai dokument perdangan. Persoalan sekarang. Kalau client minta invoice, macam mana kita nak buat? Ada format khusus ke?


Sebenarnya nak buat invoice ni tak susah pun, dan anda boleh buat menerusi Paypal sahaja. Jadi untuk permulaan anda perlu daftar akaun Paypal di www.paypal.com

Selepas selesai berjaya daftar, jika anda mendapat client daripada luar negara dan memerlukan pembayaran, anda boleh minta buat bayaran melalui Paypal sahaja. Jika dapat bayaran daripada luar negara, pastinya dibayar dalam USD kan.

Cara Buat Invoice Menggunakan Paypal

Langkah 1 : Log-in akaun Paypal anda

Langkah 2 : Klik request

Cara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal

Langkah 3 : Pada bahagian tepi, klik create an invoice

Cara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal

Langkah 4 : Jadi disini anda boleh masukkan butiran yang penting untuk anda hasilkan invois untuk diberi kepada client.

Antara butiran penting :
  • Logo syarikat (blog) anda
  • Nombor Invoice
  • Tarikh
  • Bill To (email client anda)
  • Description (penerangan ringkas, kerja apa yang anda beri kepada client mengikut perjanjian yang diberi)
  • Harga
  • Note to recipient (Jika anda ingin tinggalkan apa-apa pesanan kepada client)
  • Lampiran (jika ada apa-apa lampiran yang perlu diberi)
Cara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal

Langkah 5 : Anda boleh preview dahulu invoice anda sebelum anda hantar kepada client anda

Langkah 6 : Jika sudah berpuas hati, anda boleh hantar terus melalui Paypal atau link invoice anda tersebut.

Langkah 7 : Tunggu sahaja bayaran yang diterima daripada client. Siap!

Cara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal
Inilah sedikit sebanyak pengalaman saya menggunakan Paypal bagi menerima pembayaran client daripada luar negara. Semoga bermanfaat.

1/Post a Comment/Comments

  1. satu info terbaharu buat abam kie. sbb dah jrg terima job review jd x peduli sgt. huhuhu. thanks for sharing...

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post