Pahang Sediakan Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Rumah Masing-Masing Beserta Teks Khutbah


Pahang telah keluarkan panduan dan cara lakukan Solat Sunat Aidil Fitri beserta teks khutbah untuk anda lakukan sendiri di rumah masing-masing bersama keluarga. Panduan ini sedikit sebanyak akan memudahkan urusan kita semua.

Pahang antara negeri yang tidak membenarkan sebarang aktiviti solat jemaah dijalankan di masjid termasuklah solat Jumaat dan solat Sunat Aidil Fitri sepanjang PKPB ini. Jadi dinasihatkan kepada semua rakyat Pahang supaya lakukan solat sunat hari raya hanya di rumah sahaja.


Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya tahun 2020/1441H ini pada 24 Mei 2020 (Ahad). Justeru itu, Jabatan Mufti Negeri Pahang tampil dengan panduan Solat Sunat Aidil Fitri bersama-sama dengan teks khutbah untuk semua rakyat Pahang.

Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Pahang

Panduan Solat Sunat Aidil Fitri bersama takbir raya ini anda boleh dapatakn teks asal di Jabatan Mufti Negeri Pahang atau melalui panduan seperti di dalam gambar di bawah


BACA : 5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya


Teks Khutbah

Khutbah adalah sunat diamalkan ketika lakukan Solat Sunat Aidil Fitri. Jadi anda boleh dapatkan teks khutbah untuk disampaikan bersama keluar di rumah juga daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang. Teks khutbah terkandung 2 khutbah iaitu Khutbah Pertama dan Khutbah Kedua Aidil Fitri.

Download teks khutbah tersebut disini.


Pelaksanaan sama sahaja seperti dilakukan setiap tahun di masjid sebelum ini. Selain daripada itu, rakyat Pahang supaya tidak lakukan aktiviti ziarah kubur sebaliknya boleh lakukan amalan tahlil di rumah kediaman masing-masing.

Semoga garis panduan ini dapat memberikan panduan kepada umat Islam di negeri ini dalam menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri. 



2/Post a Comment/Comments

  1. walaupun tak nampak meriah solat di masjid pagi hari raya, ni semua akan jadi kenangan...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri 😀
    I dah follow blog and jemput singgah my blog http://theblahblahspeaker.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post