Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)

Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)

Anda boleh buat permohonan rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP) jika keputusan permohonan sebelum ini menunjukkan anda gagal dengan status tidak lulus. Mungkin ini peluang terakhir untuk anda dapatkan bantuan daripada Kerajaan ini.

Geran Khas Prihatin (GKP) ini telah dibuka permohonan pada awal Mei hingga 15 Mei 2020 sebelum ini bagi skim bantuan kepada mereka yang mempunyai perniagaan dan juga yang tidak layak permohonan BPN. Jadi mereka boleh mohon GKP.


GKP diberikan kepada mereka yang berniaga yang mempunyai SSM dengan bayaran one-off sebanyak RM3000. Sedikit sebanyak merupakan bantuan kepada golongan peniaga khususnya.

BACAPenerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Semakan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Bermula 3 Jun 2020, pemohon boleh buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP) melalui portal GKP sendiri di gkp.hasil.gov.my

Tahniah kepada anda yang berjaya dalam permohonan dan kepada mereka yang gagal atau tidak lulus, jangan risau anda boleh buat permohonan rayuan seperti cara dibawah.

Cara Membuat Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)

Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)

Bagi yang tidak berjaya, anda boleh buat permohonan rayuan bagi yang berstatus TIDAK LULUS bermula 3 Jun hingga 15 Jun 2020. Permohonan rayuan GKP hanya dibuat secara online sahaja menerusi Portal GKP dengan klik pautan dibawah.


LHDNM memberitahu, tiada permohonan rayuan GKP boleh dibuat secara manual di cawangan-cawangan LHDNM. Semua menerusi online sahaja.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon perlu muat naik dokumen sokongan di portal GKP mengikut setiap kategori rayuan seperti dalam jadual dibawah


Kod Alasan Alasan Tidak Lulus Dokumen
01 Pekerja melebihi 4 orang Borang Pendaftaran Majikan PERKOSO/
Borang Pendaftaran Pekerja PERKESON/
Borang 8A PERKESO/
Borang Permohonan Pendaftaran Majiakan KWSP/
Borang A KWSP/
dokumen sokongan yang berkaitan
03 Tiada pendapatan - perniagaan dianggap tidak aktif Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019
05 Jualan melebihi RM300,000 Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019
04 VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pengakuan pemohon/ surat akuan
  • Dokumen sokongan berkaitan
06 Pasangan telah lulus Rujuk jawapan dibawah
07 Tidak berdaftar dengan SSM/ LHDNM/ PBT Sijil Pendaftaran Perniagaan

Antara sebab gagal untuk membuat Rayuan GKP bagi permohonan berstatus TIDAK LULUS

Antara situasi seperti berikut:
  1. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  2. Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  3. Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020
  4. Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.



Semakan Status Permohonan Rayuan GKP

Anda boleh buat semakan status permohonan Rayuan GKP bermula 22 Jun 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui portal GKP (gkp.hasil.gov.my/). Seterusnya, pembayaran akan dibuat mulai 29 Jun 2020 (Isnin)

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan rayuan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

23/Post a Comment/Comments

  1. permohonan BPN tak layak, kita takde perniagaan memang GKP pun tak layan... takpelah redho jelah nak buat camne kan

    ReplyDelete
  2. Good info utk yg memerlukan

    ReplyDelete
  3. camne nak kemukakan rayuan?? borang rayuan pon saya x nampak...kena emailkan pada pihak gkp ker?

    ReplyDelete
  4. portal gkp tiada tempat untuk muat naik dokumen. mana boleh i tekan rayuan? selain daripada FAQ tu. dah tekan Rayuan kat FAQ itu bukan hanya FAQ, mana la butang untuk muat naik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..saya menghadapi masalah yg sama. memang tiada butang pun

      Delete
  5. alhamdulillah
    perkongsian info yang bagus

    ReplyDelete
  6. Masa memohan tahu kurang daripada 5 orang pekerja, sekarangan tidak lulus alasan adalah lebih 4 orang pekerja ??? Jadi kami boleh buat rayuan kah?

    ReplyDelete
  7. TIADA REKOD,..xde rezeki...

    ReplyDelete
  8. TIADA REKOD,..xde rezeki...

    ReplyDelete
  9. Waktu saya memohon bpn dapat keputusaan tidak layak lepas tu disuruh memohon gpk saya cuba daftar masukkan poskod dan negeri tak lepas lepas sampai la permohonan ditutup ..sungguh kecewa kerana musim pkp ni saya hilang punca pendapatan...saya berharap pihak yang mengendalikan apikasi dilaman web lhdn tu buat lah apikasi yang mesra pelanggan yang memudahkan rakyat masukkan data bukan mcm sekarang ni telalu payah nak masuk...upgredlah server tu..adoi hai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita buat2 tak jadi sampai la tarikh tutup.. Skrg ni tak dak rezeki la tu..

      Delete
  10. salam...saya nie terlepas tarikh mohon bantuan geran khas prihatin...sekarang nak apply dh tutup...ada cara lain ka utk mohon juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama saya pun terlepas pandang.. nak buat mcm mana yea ?

      Delete
  11. portal gkp tiada tempat untuk muat naik dokumen. mana boleh i tekan rayuan? selain daripada FAQ tu. dah tekan Rayuan kat FAQ itu bukan hanya FAQ, mana la butang untuk muat naik?

    ReplyDelete
  12. Sy suda muat naik dokumen sokongan utk rayuan mcm mana kita nak pastikan benda tu di terima atau belum coz..nk semak data tu semula x dpt buka lak dokumen sokongan yg d muat naik .
    Sy nak pastikan ja kadang maslah line guna hp ni bila muat naik dokumen..

    ReplyDelete
  13. Saya da tekan rayuan Dalam GKP
    lepas saya click pdf sana ada satu cilk button muat naik tapi saya terus tekan silap teruskan button.selepas saya tegok paparan tempat rayuan kosong.pdf tidak masuk mcm mana buat balik rayuan cik???🤦🏻🤦🏻🤦🏻

    ReplyDelete
  14. bolehke rayuan di buka semula saya begitu yakin lulus,tapi tersalah tulis nama,terlambat nk buat rayuan,boleh ke membertimbangkan rayuan saya?? Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. LHDN tolonglah, dokumen yang yg diminta sudah kita beri dengan lengkap tapi masih gagal. Kenapa ya, dalam keadaan pkpb ni masih ada orang yg dipinggirkan sedangkan kita sudah buat pengakuan ikhlas melalui borang gkp. Berbulan kita menanti bantuan ini akhirnya hancur. Ingin merayu pun tak ada link borang rayuan. Kalau bilang redha pun, luka di hati tetap berparut kerana rasa dipinggirkan.

    ReplyDelete
  16. Tahniah kepada yang lulus, maka ringanlah beban hutang dan perbelanjaan harian. Takziah untuk yg gagal termasuk saya maka semakin berat tanggungan pkpb,
    akhir kata biarlah aku digigit covid.

    ReplyDelete
  17. saya terlepas tarikh rayuan. ada cara lagi tak ya

    ReplyDelete
  18. Masa memohan tahu kurang daripada 5 orang pekerja, sekarangan tidak lulus alasan adalah lebih 4 orang pekerja ??? Jadi kami boleh buat rayuan kah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post