PKPB Ditamatkan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Diganti bermula 10 Jun Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Diganti bermula 10 Jun Ini

Berita gembira yang ditunggu-tunggu apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan digantikan dengan PKPB bermula 10 Jun ini. Banyak kelonggaran yang diperkenalkan sepanjang tempoh PKPP ini.

Adakah ini berita gembira untuk golongan bujang yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) semalam? Yang jawapannya diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Selain daripada PKPP, ada lagi berita gembira yang diumumkan.

Dah Boleh Rentas Negeri Sepanjang PKPP

Kerajaan melalui YAB Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 yang di dalamnya masih ada SOP yang perlu dipatuhi.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Diganti bermula 10 Jun Ini

Rasanya berita gembira untuk 'golongan bujang' bukanlah dihadiahkan seorang jodoh setiap seorang tetapi bermula tempoh PKPP ini, semua rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri tanpa perlu dapatkan kebenaran polis. Lebih indah, dengan itu anda boleh pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah lama tidak ketemu sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lepas.

Selain itu juga, banyak industri boleh beroperasi seperti biasa bermula 10 Jun tersebut. Jika sebelum ini, sudah diumumkan kedai gunting rambut boleh beroperasi tetapi dengan SOP yang ketat. Berita gembira juga untuk golongan bujang ni. Pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, food court, food truck semua boleh beroperasi seperti biasa.


Nak lawat muzium, layan busking, dobi layan diri, layan kolam pancing semua boleh beroperasi selepas ini. Tetapi penjarakkan sosial kena patuhi tau. Aktiviti suka juga semua boleh main kecuali yang melibatkan sentuhan badan. Setakat nak main bowling, badminton, menembak dan lain-lain tu, boleh sangat. Nak layan basikal, konvoi motor pun boleh sepanjang PKPP ni. 

Dah 3 bulan bosan duduk rumah, selepas ini, pelacongan domestik sudah dibenarkan. Jadi kalau nak bercuti di dalam negara, anda boleh berbuat demikian kecuali percutian uar negara je. Sebabnya sempadan negara masih ditutup. 


Jika sebelum ni tak dapat berajaya Aidilfitri. Kali ini, Kerajaan membenarkan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban boleh di adakan dengan SOP daripada pihak berkuasa agama Islam.

BACA : Syawal Tahun Ini Disambut Dengan Norma Baharu

Dengan kelonggaran yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, ini bukan bermakna COVID-19 ini sudah tiada, jadi pastikan anda amalkan norma baharu yang disarankan seperti memakai face mask, penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa cucu tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Kini semuanya terserah kepada kita!

Jadi kita nak bercuti mana dulu ni?

5/Post a Comment/Comments

  1. Berbunga hatii bila pm ckp boleh rentas negeri.. #Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah boleh rentas negeri.
    Minggu depan kemlah highway

    ReplyDelete
  3. Semoga corona ini cepat lenyap di muka bumi ini

    ReplyDelete
  4. sinar bagi mereka yang menunggu-nunggu hari ini.. semoga lancar perjalanan hendaknya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post