Aktiviti Pasar Malam, Pasar Karat, Carboot Sale Ditangguh Seminggu Lagi Di Temerloh, Jerantut Dan Jengka


Hari ini Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan bagi aktiviti pasar malam, pasar karat dan carboot sale ditangguh seminggu bagi daerah-daerah Temerloh, Jerantu dan Jengka atas sebab-sebab tertentu.

Kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Keputusan ini dibuat berikutan kes penularan COVID-19 di dalam negara sepertinya menunjukkan penurunan sejak beberapa minggu yang lepas.

Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan telah memberi banyak kelonggaran kepada rakyat Malaysia khususnya yang paling ketara adalah kebenaran untuk rentas negeri. Jadi rakyat kini tidak perlu lagi meminta kebenaran daripada pihak Polis untuk pulang ke kampung. Dah boleh start balik kampung sekarang ni.


Sehubungan dengan itu juga, pihak Negeri menyambut baik arahan dan SOP yang ada di dalam PKPP ini untuk dilaksanakan di negeri masing-masing dan Pahang juga telah mengikut arahan daripada Kerajaan Pusat tersebut.

Pasar Malam Ditangguhkan Seminggu

Hari ini, Kerajaan Negeri Pahang melalui Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail menyambut baik arahan PKPP daripada Kerajaan Pusat dengan melaksanakan serta merta bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.


Segala arahan dan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN) diikuti, tetapi masih ada beberapa arahan terpaksa diubah buat sementara waktu. 

Seperti contoh, segala aktiviti Pasar Malam, Pasar Lambak, Pasar Karat dan Car Boot Sale boleh diadakan bermula 3 petang hingga 9 malam. Tetapi aktiviti ini ditangguh selama seminggu bagi beberapa daerah iaitu bagi daerah Temerloh, Jerantu dan Jengka.

Antara SOP yang wajib diikuti oleh pengusaha bagi mengadakan aktiviti pasar malam ini adalah seperti berikut: 
  • Waktu Operasi dibenarkan – 3.00 petang hingga 9.00 malam.
  • PBT perlu menetapkan lokasi yang bersesuaian sama ada tapak sedia ada atau yang baharu.
  • Tapak mestilah ada kawalan pintu masuk/keluar dalam gerakan sehala.
  • Penjarakan 3 meter (10 kaki) antara kanopi peniaga (saiz kanopi 10’ x 10’).
  • Pelan susun atur kanopi perlu disediakan mengikut kategori produk bagi melancarkan pergerakan pelanggan dan saringan suhu dan rekod daftar pelanggan dibuat di setiap pintu masuk.
  • Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Dengan Izin (PADI) tidak dibenarkan bekerja ataupun menjadi pelanggan.

Jadi kepada rodong Temerloh  yang menunggu peluang untuk berniaga di pasar malam khsusnya, aokme kena sabar dahulu untuk tempoh seminggu lagi. Tunggu arahan seterusnya daripada pihak PBT yek.

Selain daripada aktiviti ini, jika pihak Kerajaan Pusat sudah memutuskan untuk membenarkan kedai dibuka sehingga 12 malam tetapi bukan di Pahang. Seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, semua premis dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi bermula 7 pagi hingga 9.30 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan ‘essential’) mengikut kelulusan lesen perniagaan asal (seperti stesen minyak, kilang dan klinik).


Banyak lagi aktiviti yang sudah dibenarkan dilakukan sepanjang PKPP ini. Jika anda penduduk negeri Pahang, anda boleh baca lebih lanjut SOP yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang di laman facebook rasmi Wan Rosdy bin Wan Ismail.



2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post