Apa Pula ESI PYMT DEBIT Daripada Maybank Ni? Tiba-Tiba Tolak Duit

ESI PYMT DEBIT maybank tolak duit

Saya buka akaun Maybank2u, tiba-tiba saya nampak ada pengeluaran duit sehingga RM500 dan RM300 dan secara total adalah sebanyak RM800. Maklumat yang dipaparkan adalah ESI PYMT DEBIT.

Baru-baru ini saya Log In Maybank2u untuk melihat baki akaun bagi akaun semasa. Antara rutin yang saya biasa lakukan bila saya sudah lakukan pembayaran atau berlaku pengeluaran lagi-lagi setelah berbelanja online. Lagi musim COVID-19, zaman canggih tahun 2020 ni, semua perbelanjaan buat secara online je kan. Lebih mudah. Tapi tulah, ada bahayanya juga.

Jadi sejurus log in, aku pergi ke bahagian statement bagi ketahui jumlah duit yang ditolak dalam transaksi online yang berlaku sebelum ini. Setelah diteliti, ternyata bukan sahaja perbelanjaan online yang ditolak tetapi 2 maklumat yang saya tidak dapat kenal pasti datang daripada mana dengan menggunakan maklumat deskripsi ESI PYMT DEBIT.

ESI PYMT DEBIT maybank tolak duit

Daripada desciption tersebut, ianya telah tolak duit akaun saya sebanyak RM800 secara total (RM300 dan RM500). Ianya berlaku pada 1 Julai 2020 yang lepas. Dah tiba-tiba duit tolak dengan banyak, siapa tak gusar, siapa tak takut kan. Itulah terjadi pada saya.

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala, susah la berurusan dengan pihak Maybank lepas ni, nak trace dan nak dapatkan semula duit yang 'keluar' tersebut. Kalau dapat pun, mesti ambil masa yang lama.

Apa ESI PYMT DEBIT ni? Scam ke?

Adakah ini kerja scammers? Kita sebelum ni biasa dengar pada bank lain juga. Ada duit yang ditolak tanpa persetujuan kita. Kita tak sedar, tiba-tiba duit hilang tanpa menggunakan TAC Nombor daripada kita pun.

Kemudian barulah terfikir untuk lakukan carian google dulu. Kita google dulu berkaitan ESI PYMT DEBIT ni. Mungkin ada pengguna lain yang sudah alami dan boleh membantu. Selepas beberapa minit buat carian, ada ternampak perkongsian di sebuah blog berkaitan transaksi pelik ini.

Sebenarnya ESI PYMT DEBIT ini adalah deskripsi maklumat yang dipaparkan apabila anda menggunakan fungsi yang disediakan di Maybank2u iaitu MY GOALS. Ya! ini maklumat daripada transaksi tersebut.

ESI PYMT DEBIT maybank tolak duit

Selepas itu, barulah saya teringat dimana pertengahan Jun yang lepas, saya ada buat dan set MY GOALS bagi 2 perkara iaitu bagi tabung Travel New Zealand dan Tabung Smartphone Pixel 6. My Goals adalah untuk menyimpan RM500 dan RM300 sebulan bagi tiap-tiap tabung. Terus rasa lega beb!

BACA : Cara Buat Goal Maybank2u. Mudah Untuk Menabung Setiap Bulan

Nasib baik tak pergi maki customer servis Maybank lagi perkara ini. Jadi kepada anda yang mengalami masalah yang sama, jangan panik ini kerana ESI PYMT DEBIT tersebut adalah transaksi bagi MY GOALS. Duit anda tak hilang pun.

hahaha lega beb! nak cuak dibuatnya

12/Post a Comment/Comments

  1. Buat abam kie terkejut aje td. Cuma kena hati2 la lain kali sbb scammer ada di mana2.

    ReplyDelete
  2. Berderau baca hehe.. bagi saya 800 tu bukan senang nak dapat tu huhu

    ReplyDelete
  3. hahahaha..... teringat adik akak dia ada guna jugak perkhidmatan tuh, cumanya bila dah capai target dia terlupa nak keluarkan duit tu sebab tak jadi guna di masa yang diperlukan... lepastu dia beli lah barang online tapi dia pelik kenapa duit dia banyak je... rupanya baru dia sedaar duit yang dia simpan dalam my goals tu bila dah sampai masa tapi tak di ambil dia akan masuk dalam akaun semula... gitu lah katanya, jadi dia mampu berhuhuhu saja lah heheheh

    ReplyDelete
  4. Sama juga situasi saya yang hadapi, nasib baik saya periksa goal plan setiap bulan.

    ReplyDelete
  5. Wow ada blog haha tq berkongsi. Sbb td ttba bkk akaun nmpk esi pymt goal. Bdw tq for sharing :)

    ReplyDelete
  6. fuhhh tq for the info! jakalillah

    ReplyDelete
  7. Saya ada terjadi mcm ni tapi duit utk goal sudah tolak dan tabung goals ada 1 sahaja. Kenapa boleh tolak sampai 2 kali? Hmm boleh bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya tak pastilah. tak pernah jadi lagi. mungkin boleh hubungi pihak maybank terus.

      Delete
  8. Apa Lagi ni ESI PAYMENT DEBIT?adui jangan la bah macam ni potong potong potong apa la mau makan ni , banyak harga naik tiba-tiba ada potongan di bank lagi.

    ReplyDelete
  9. Berguna info ni..sangat2...dah kol maybank nk tanya, terfikir nak bukak google cari info.. cek balik rupenye salah set date goal...cuakk memberrr..

    ReplyDelete
  10. hahaha,, dah seminggu bagai nak rak beli apa duit potong ESI tu, pastu bila tanya adik2 , tak dan diorg jawab.. sendiri gugel.. rupanya duit goalsss.. sib baik tak pi haruk maybank kan..kikikikiii.. jarang nampak dipotong sbb selalu xda duit dalam akau utk dipotong gamaknya

    ReplyDelete
  11. SAYA ADA SATU SOALAN... SAYA BUAT SAVING GOAL NI 25 HB 6 TD, THEN SAYA BUAT DEDUCTUIN ACC PD 29 SETIAP BULAN,TP SAYA TERLUPA YG ACC SAYA XDE DUIT...HARINI AH 1 HB 7,BARU SAYA TERINGAT NAK TOPUP DUIT MASUK ACC,TP DATE DAH TERLEPAS SPTTNYA 29 HB 6 DAH AUTO DEDUCT..BILA SAYA BUKA MB2U, SAYA TGOK DAH DEDUC SBYK 50 RGT DAH ACC SAYA.SBB MMG ITU JE AMOUNT YG TINGGAL SBLM NI (RM55.00 BERBAKI LIMA RINGGIT JE LPAS PTG ESI TU).PERSOALAN YE ADAKAH 50 RGT TU PENALTI YE?MCMNA SAYA NAK BAYAR BALIK DUIT YG SY TERLUPA NAK LETAK KE DALAM ACC TU YE?
    HARAP MEMBANTU.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post