Cara Daftar e-Wallet Untuk Tebus RM50 Program ePENJANA Tahun 2020

Cara Daftar e-Wallet Untuk Tebus RM50 Program ePENJANA

Kini anda boleh mula daftar eWallet dan tebus RM50 kredit ePENJANA seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Ikuti cara tebus RM50 disini.

Selepas hampir sebulan menungguh, hari ini Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh penebusan ePENJANA untuk rakyat Malaysia. Dibawah program RM750 juta kredit ePENJANA, setiap pemohon yang layak akan mendapat RM50 kredit ePENJANA mula 31 Julai 2020.

Untuk melayakkan anda peroleh RM50 ini, anda haruslah download dan daftar terlebih dahulu MySejahtera kemudian tebus melalui aplikasi eWallet iaitu antara Boost, Touch 'N Go eWallet atau GrabPay.


Syarat Permohonan ePENJANA:
  1. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
  3. Sudah daftar dalam aplikasi MySejahtera
cara tebus rm50 guna mysejahtera

Anda boleh mula memohon RM50 kredit ePENJANA bermula 31 Julai hingga 24 September 2020 dan tarikh penggunaan sehingga 30 September 2020.

Untuk ketahui lebih lanjut, cara tebus kredit ePENJANA, ikuti langkah-langkah dibawah menggunakan salah satu aplikasi eWallet.

Cara Tebus ePENJANA Kredit RM50

Untuk melayakkan mendapatkan kredit RM50 daripada program ePENJANA, anda perlukan penuhi syarat iaitu :
  • Download dan daftar di aplikasi MySejahteta sebelum mulakan tebus ePENJANA menggunakan mana-mana aplikasi eWallet
  • Download salah satu aplikasi eWallet untuk proses tebus RM50

#1 - Aplikasi Boost

boost epenjana

Untuk melayakkan anda tebus RM50, anda perlu terlebih dahulu muat turun atau download aplikasi Boost
Download Aplikasi Touch 'N Go

Tatacara Tebus RM50 Menggunakan Aplikasi Boost

  1. Download aplikasi Boost
  2. Pergi ke Profile > My Wallet kemudian klik Upgrade to Premium Wallet
  3. Seterusnya sahkan IC anda dengan tangka gambar IC (depan dan belakang)
  4. Tangkap gambar selfie dengan jelas
  5. Sahkan dan klik butang seterusnya
  6. Pengesahan selama 1 hari bekerja.
  7. Jika sudah selesai, boleh tebus RM50 ePENJANA
boost epenjana

Maklumat lanjut boleh layari www.myboost.com.my/


#2 -  Aplikasi Touch 'N Go eWallet

touch n go epenjana

Anda boleh juga menggunakan aplikasi Touch 'N Go jika anda biasa dan pernah menggunakan aplikasi eWallet ini

Download Aplikasi Touch 'N Go

Tatacara Tebus RM50 Guna Touch 'N Go eWallet

  1. Download aplikasi Touch 'N Go
  2. Klik Create Account dan masukkan nombor telefon anda. Masukkan kod OTP yang dihantar
  3. Tetapkan 6-digit pin dan security question
  4. Kemudian masukan butiran diri anda diruang yang disediakan
  5. Klik Verify Account Now pada bahagian halaman Profile
  6. Ambil gambar IC anda (depan dan belakang)
  7. Akhirnya tangkap gambar selfie anda dan tekan Let's Go. Akaun anda akan verify dalam tempoh 48 jam
  8. Boleh tebus RM50 kredit ePENJANA
touch n go epenjana

Untuk maklumat lanjut layari www.tngdigital.com.my/epenjana

#3 - Aplikasi GrabPay

touch n go epenjana

Pilihan seterusnya untuk anda guna bagi tebus RM50 kredit ePENJANA, anda boleh guna aplikasi GrabPay

Download Aplikasi Touch 'N Go

Tatacara Tebus RM50 Guna Aplikasi GrabPay

Anda perlu aktifkan terlebih dahulu GrabPay Wallet. Jika sudah, ikuti langkah dibawah :
  1. Download aplikasi GrabPay
  2. Klik pada Activate your GrabPay Wallet
  3. Pergi ke tab Payment dan klik pada Get RM50 and more with your GrabPay Wallet
  4. Ikuti langkah untuk proses verification identity electronically (eKYC)
grabpay epenjana

Untuk maklumat lanjut layari www.grab.com/my/pay-deals/others/grab-epenjana/

4/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post