Hagia Sophia, Istanbul Kini Kembali Berstatus Masjid Semula

Hagia Sophia, Istanbul Kini Kembali Berstatus Masjid Semula

Turki hari ini mengumumkan dimana, Hagia Sophia kembali berstatus masjid semula selepas 86 tahun. Jika sebelum ini, tempat tersebut pernah berstatus gereja, masjid dan muzium dan kini kembali kepada fungsi masjid.

Pengisytiharan ini dibuat oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdongan selepas Mahkamah Tinggi Turki menarik balik status monumen itu sebagai muzium. Jadi selepas pertukaran ini, beliau juga memberitahu dimana solat pertama di Hagia Sophia akan berlangsung pada 24 Julai 2020 iaitu pada solat jumaat dan pastinya dibuka kepada penganut Muslim.


Hagia Sophia Sebagai Tapak Warisan Dunia

Hagia Sophia yang terletak di Istanbul, Turki ini merupakan sebuah tapak bersejarah warisan dunia yang diiktiraf UNESCO yang pada awalnya adalah sebuah tempat gerak yang dibina pada empayar Byzantine. Kemudian ianya ditukar oleh Sultan Muhammad Al-Fateh kepada masjid selepas Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantiople pada 1453 dan akhirnya ditukar kepada muzium pada 1934.

Hagia Sophia, Istanbul Kini Kembali Berstatus Masjid Semula

Jadi sejak ianya ditukar kepada muzium iaitu selepas 86 tahun, akhirnya detik sejarah bagi umat Islam khususnya di Turki apabila ianya kembali berstatus Masjid semula. Selepas ini tiada lagi tiket masuk untuk memasuki Hagia Sophia sama seperti sekarang. 

"Sama seperti masjid yang lain, pintu Hagia Sophia juga akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing, Muslim dan bukan Muslim"

Pengumuman status masjid ini pastinya bukan perkara yang mudah perlu dihadapi oleh Presiden Turki tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, keputusan ini menimbulkan ketegangan antara Barat, Greece bahkan Amerika Syarikat juga kecewa serta yang pastinya penduduk tempatan yang beragama Kristian.

Pengalaman Berada Di Hagia Sophia

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk berada di Hagya Sophia sekitar tahun 2014. Ketika itu ianya masih berstatus muzium dan ketika itu juga sedang giat dijalankan construction di dalamnya. Jika anda masuk di dalamnya, segala gambar dan ukiran yang biasa ada di dalam sebuah geraja, masih kelihatan walaupun ianya sudah berstatus masjid sebelum ini dan pastinya pernah di adakan solat jemaah di dalamnya.

Hagia Sophia, Istanbul Kini Kembali Berstatus Masjid Semula

Hagia Sophia, Istanbul Kini Kembali Berstatus Masjid Semula

Hagia Sophia, Istanbul Kini Kembali Berstatus Masjid Semula

Seni bina masih dikekalkan walaupun status tersebut telah bertukar daripada geraja kepada masjid. Tetapi ada penambahan dari segi kalimah Allah Muhammad beserta 4 khalifah ar-rashidin dan beberapa lagi.

Jika tempat tersebut adalah sebuah muzium, jadi anda perlu bayar untuk masuk (tak ingat berapa tiket masuk). Selepas status masjid selepas ini, Hagia Sophia tidak lagi perlu dibayar untuk masuk sama seperti Masjid kembarnya iaitu Masjid Biru yang tidak jauh daripada lokasi kedudukannya.



Inilah kehebatan seni arkitek yang ditonjolkan oleh sejarah Byzantine dan Kerajaan Uthmaniah. Ini belum cerita pasal tempat lain seperti Istana Topkapi, Dolmabahce Palace dan beberapa tempat lagi. Sudah gah dengan seni bina dan seni yang ditonjolkan. Saya ada kongsikan sepanjang ziarah bersama ke Turki sebelum ini.


Harap selepas ini, saya masih lagi berkesempatan untuk melawat sebuah Kota Indah, Istanbul dan sekali lagi melawat Hagia Sophia yang kali ini bertukar menjadi Masjid. Jom kita ke Istanbul!!

4/Post a Comment/Comments

  1. seronoknya dah pernah ke sana. alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  2. Setelah sekian lame status muzium dr zaman mustafa kemal, Alhamdulillah bertukar status masjid pda zaman Erdogan... TERBAIK.

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post