Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2022

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

Jika anda inginkan transaksi yang lebih banyak, anda boleh ubah atau tukar limit sebenarnya. Jadi ikuti langkah ini cara tukar had atau transaksi limit Maybank2u terbaru untuk tahun 2022.

Setiap bank ada mengehadkan transaksi atau pindahan wang. Ini bermakna, jika anda sudah capai had atau limit tersebut, pada hari tersebut, anda tidak lagi dibenarkan untuk buat transaksi. Jadi anda kena buat esok pula kerana ianya akan diperbaharui setiap hari.

Sebagai contoh, di Maybank2u, transaksi limit adalah RM3000 sehari, jadi kalau anda dah guna sampai 3 ribu sehari, dah tak boleh guna.

Tetapi macam mana pula anda betul-betul mahukan transaksi yang lebih besar dalam sehari menggunakan perbankan online Maybank?

Ya, sebenarnya boleh sahaja untuk anda pindahkan wang dengan jumlah yang lebih besar sehari. Anda boleh lakukan dengan cara tukar atau ubah transaksi limit.

BACA : Apa Pula ESI PYMT DEBIT Daripada Maybank Ni? Tiba-Tiba Tolak Duit

Cara ini juga anda boleh buat secara online sahaja iaitu melalui Maybank2u. Jadi anda boleh ikuti langkah ini untuk ubah Transaksi Limit menggunakan antaramuka baharu Maybank2u bagi tahun 2022.

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Tahun 2022

Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 jenis transfer atau transaksi yang disediakan oleh pihak Maybank menggunakan Maybank2y dan telah menetapkan nilai Transfer Limit tersebut.

  • 3rd Party Transfer = RM3000
  • Interbank GIRO = RM3000
  • Instant Interbank Transfer = RM10,000
  • Foreign Telegraphic Transfer = RM10,000
  • DuitNow Transfer = RM3000
  • ASNB Own Account Transfer = RM50,000
  • ASNB 3rd Party Transfer = RM10,000

Nilai-nilai ini boleh diubah secara percuma sahaja. Ikuti langkah dibawah

1)  Log In akaun Maybank2u menggunakan Username dan Password di www.maybank2u.com.my

2)  Pada bahagian homepage ini, anda klik butang Setting di bahagian kanan atas

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

3)  Kemudian anda klik Pay & Transfer

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

4)  Lihat pada bahagian sidebar menu, cari Transfer Limit

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

5)  Disini akan dipaparkan semua jenis transfer atau Transfer Type bersama nilai Transfer Limit.

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

6.  Disini anda boleh tukar transfer limit dengan nilai yang lebih tinggi. Anda hanya perlu klik sahaja ikon pensil dan pilih nilai. Jika sudah selesai. Klik Save Changes

7.  Langkah seterusnya anda perlu dapatkan TAC Numbers melalui nombor telefon dengan klik Request.

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

8. Jika sudah masukkan nombor TAC, klik Confirm. Selesai!

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2020

Harap ianya bermanfaat kepada mereka yang ingin ubah transfer limit kepada yang lebih tinggi selepas ni. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain.

Untuk tahu lebih banyak lagi informasi berkaitan perbankan online Maybank2u, anda boleh pergi ke pautan FAQ | Maybank Malaysia

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post