Serius Kena Cuba! Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Tak tahu nak makan apa hari ni? Anda kena cuba menu baru McDonalds iaitu Nasi Lemak Spicy McDeluxe dan juga McFlurry Cendol. Kedua-dua menu ni, boleh dapatkan di semua premis McDonalds seluruh Malaysia.

Menu baru ni antara yang diperkenalkan oleh McD awal bulan Ogos yang lepas. Sebenarnya Nasi Lemak McD ni ada 3 jenis iaitu Nasi Lemak McD dengan Ayam Goreng, Nasi Lemak McD dengan Rendan Ayam dan juga Nasi Lemak McD dengan Kepingan Ayam (Spicy Chicken McDeluxe atau GCB).

Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Takkan nak beli semua, jadi la sikit, sempat order set Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe bersama-sama dengan yang nak sangat rasa iaitu McFlurry Cendol. Tambahan pula sekarang ni, McDelivery ada buat penghantaran percuma sehingga 23 Ogos 2020 ni. Jadi boleh order banyak-banyak dan makan di rumah je.


Jom tengok sini, sedapnya menu baru McD ni!

Review Ringkas Nasi Lemak Dan McFlurry Cendol

Harga yang disertakan dibawah adalah mengikut harga McDelivery yang mungkin ada caj perkhidmatan tetapi free delivery ketika ini. alert-info

Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe

Seperti yang diberitahu tadi, daripada 3 menu baru yang diperkenalkan, saya hanya mencuba set Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe sahaja. Jika anda buat tempahan set ini, akan anda peroleh set nasi lemak bersama air minuman.

Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Dengan harga RM16.03 anda dapat nasi lemak, ikan bilis, telur goreng, sambal tumis dan 1 kepingan ayam (spicy chicken mcdeluxe di potong 4) beserta teh ais limau bersaiz sederhana.

Secara jujur, saya antara peminat Nasi Lemak McD dengan Ayam Goreng. Rasanya nasi lemak masih sama, masih berlemak dan sambal tumis masih pedas dan sedap tetapi kali ini menu ditukar sedikit daripada ayam goreng kepada kepingan Spicy Chicken McDeluxe. Anda akan dapat kepingan ayam yang rangup diluar dan lembut di dalam tanpa tulang.

Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Jadi kombinasi nasi lemak dengan kepingan ayam sangatlah menjadi dan sedap! Anda makan nasi lemak, sambal tumis, telur goreng bersama kepingan ayam. Mantap!!

Kalau diberi kesempatan lagi, boleh cuba untuk rasa sekali lagi tapi mungkin boleh cuba untuk GCB atau Rendang Ayam pula.


McFlurry Cendol

Selepas merasai kepedasan sambal nasi lemak McD. Kita makan benda manis pula dengan menu baru iaitu McFlurry Cendol. Kali ini McD datang dengan kombinasi yang belum dibuat lagi iaitu terbaru iaitu McFlurry bersama cendol.

Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Ini juga kombinasi lengkap selepas nasi lemak tadi. Anda mungkin dah biasa makan cendol bersama aiskrim, tetapi kali ini adalah aiskrim bersama cendol. Dengan harga RM7.08 anda boleh dapatkan McFlurry Cendol ni. Anda dapat aiskrim vanila, gula melaka dan sediki santan. Anda perlu gaul terlebih dahulu kesemuanya, barulah sedap untuk dimakan.

Jika diberi kesempatan sekali lagi, tak cuba dah kot. Bukan kerana tidak sedap tapi mungkin sedikit pricey atau mahal untuk menu tersebut.

BACAPedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Apa-apapun kedua-dua menu baru daripada McDonalds ini bagi saya sangat menarik dan pastinya sedap! Ada kena cuba juga!

6/Post a Comment/Comments

  1. menariknya mcFlurry Cendol tu.
    Nasi lemak yg spicy2 pula kak pip tak layan sangat, haha tekak susah nak terima benda yang pedas2.

    ReplyDelete
  2. McFlurry cendol tu nampak menarik sungguh! 🤓

    ReplyDelete
  3. teringin nak cuba rendang nya... teringat masa kat meletop baru ini dia mukbang nasi lemak mcd ini dan ramai yg kata rendangnya sedap...

    ReplyDelete
  4. Dah cuba nasi lemak tu pagi tadi, sedap3!

    ReplyDelete
  5. sedap juga nasi lemak mcd tapi belum try lagi mcflurry cendol.

    jemput singgah ke my new blog https://www.tiarasaphire.com/2020/08/telefilem-luluh-2020.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post