Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2020 : Malaysia Prihatin

Tema Hari Kebangsaan Tahun 2020 : Malaysia Prihatin

Kerajaan telah memperkenalkan Tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2020 iaitu Malaysia Prihatin. Ianya telah diperkenalkan sejak awal bulan Ogos lagi sempena bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun.

Setiap tahun, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos secara gilang-gemilang. Tahun sudah, pada awal pagi pastinya anda akan melihat perarakan yang disediakan bagi menunjukkan rasa patriotik kepada kalangan rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan warna kulit.


Tetapi pada tahun 2020 ini disebabkan pandemik COVID-19, perarakan sedemikian tidak di adakan bagi mengelakkan penularan virus tersebut kepada orang ramai. Tetapi di ini bukan alasan untuk kita tidak menunjukkan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotik kepada negara Malaysia. Banyak sahaja perkara yang boleh dibuat yang antaranya perkara sekecil-kecilnya adalah kibarkan Jalur Gemilang di setiap tempat.

Tema Hari Kebangsaan Tahun 2020 : Malaysia Prihatin

BACA : Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan 2019

Malaysia Prihatin Di Pilih Sebagai Tema Dan Logo Turut Diperkenalkan

Jadi selain daripada kibaran Jalur Gemilang, anda boleh juga kongsikan logo baharu sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 ini bagi menunjukkan rata cinta dan semangat patriotik anda.

Tahun 2020, Kerajaan Malaysia menggunakan tema Malaysia Prihatin sebagai penghargaan, keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan COVID-19. Manakala bagi logo pula, ianya merupakan gabungan antara corak bendera Malaysia bersama bunga raya dalam bentuk 'hati'.


Jadi apa maksud disebalik Tema dan Logo MALAYSIA PRIHATIN?

Tema Hari Kebangsaan Tahun 2020 : Malaysia Prihatin

Malaysia

Malaysia memberi makna kepada seluruh rakyat negara ini tidak kira dalam sektor pekerjaan awam, swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun diri kita sebagai perseorangan bagi memerangi COVID-19.

Prihatin

Manakala Prihatin pula membawa  keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia

Logo

  • LOGO BERBENTUK HATI - Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
  • WARNA BIRU TUA - Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
  • BULAN SABIT - Islam adalah agama bagi persekutuan.
  • BINTANG PECAH 14 - Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
  • 7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI - Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
  • STIGMA BUNGA RAYA - Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
  • 5 TITIK MERAH - Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Selamat Hari Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


sumber : kkmm

2/Post a Comment/Comments

  1. Love sangat logo ni, simple tapi cantik, dan macam nampak tangan seseorang sedang salam seseorang yang lain, as prihatin punya simbolik la kot kan

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post