Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Mungkin dah ramai tonton filem Bad Genius di pawagam pada yang dikeluarkan pada 2017. Untuk Bad Genius The Series kali ini mereka menampilkan jalan cerita yang lebih panjang, lebih drama dan lebih mendebarkan.

Filem Bad Genius yang menampilkan pelakon utama Chutimon mendapat sambutan yang begitu hebat di seluruh dunia apabila menampilkan jalan cerita 2 pelajar genius menjalankan penipuan di dalam peperiksaan bagi kepentingan wang. 

Untuk kali ini, mereka kembali lagi dengan jalan cerita hampir sama dalam bentuk siri pula iaitu Bag Genius The Series 2020. Mereka masih mengekalkan jalan cerita daripada 2 pelajar genius melakukan penipuan di dalam peperiksaan untuk kepentingan wang tetapi ada sedikit berlainan. Takkan nak sama sepenuhnya kan.

Aku ada kongsikan pendapat berkaitan siri ini di Twitter dan mendapat banyak pandangan yang rata-rata masih belum tonton dan sangat ingin menontonnya.

Aku perasan Bad Genius The Series ini sudah mula ditayangkan di IFLIX Thailand pada pertengahan tahun dan juga di platform Dimsum yang mana anda perlu langgan untuk menontonnya. Jadi aku terpaksa batalkan niat ketika itu. Tunggu punya tunggu, tak sangka akhirnya Bad Genius The Series ini disiarkan melalui IFLIX Malaysia akhirnya pada pertengahan Oktober yang lepas. Terima kasih IFLIX MALAYSIA.

BACAReview Filem Orang Kaya Baru Dari Indonesia Tayangan Di IFLIX

Jadi anda boleh tonton siri ini secara percuma di platform IFLIX atau melalui aplikasi IFLIX secara percuma sahaja. Boleh juga dapatkan akaun VIP untuk nikmati kandungan tanpa had dan juga tiada iklan serendah RM3/seminggu.

Tayangan : IFLIX Malaysia
Episod : 12
Genre : Thriller
Pengarah : Pat Boonnitipat
Pelakon : June Plearnpichaya Komalarajun, Jaonaay Jinjett Wattanasin, ice Paris Intarakomalyasut, Sawanya Paisarnpayak

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Sinopsis Bad Genius The Series

SPOILER ALERT!!!

Sinopsis Bad Genius The Series ini mengisahkan 4 orang pelajar sekolah menengah (Lynn, Grace, Pat dan Bank) merancang penipuan di dalam peperiksaan bagi mengaut keuntungan daripada pelajar-pelajar lain.

Lynn dan Bank tidak boleh disangkal lagi dengan kebijaksanaan apabila sering kali mendapat markah penuh dalam setiap peperiksaan dan juga penerima biasiswa di sekolah tersebut.

Mereka merasakan sistem pendidikan (sekolah) mereka yang menindas mereka selama mana mereka berada di dalam sistem tersebut. Jadi mereka ingin membalas dendam terhadap sistem tersebut dengan menipu kembali terutamanya di dalam peperiksaan dan sekali gus mereka mampu menjana wang daripada hasil penipuan mereka tersebut. 

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Penipuan peperiksaan mereka bukan terhenti di sekolah menengah sahaja. Mereka masih mengaut keuntungan di dalam peperiksaan persediaan ke universiti antarabangsa dan juga peperiksaan untuk memasuki universiti tempatan.

Jadi setiap peperiksaan yang mereka hadapi, mereka akan melakukan trick dan 'bad things' supaya kesemua 'pelanggan' mereka akan lulus peperiksaan dengan berjaya. Tapi dapatke mereka selesaikan trick mereka sehingga ke peperiksaan yang lebih tinggi? Kena tengok kesemua episod

Review Bad Genius The Series

Inilah sebuah siri dimana bermula daripada penipuan di dalam peperiksaan sekolah menggunakan pemadam sehingga ke jenayah polis. Anda boleh ikuti perkembangan plot daripada pelajar pintar yang baik kepada pelajar pintar yang jahat.

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Ya, jalan cerita untuk filem dan siri ini hampir sama tetapi tidak serupa. Ianya digarap dengan lebih trick yang masuk akal dengan adegan yang lebih mendebarkan. Setiap langkah penipuan mereka, anda boleh rasa jantung anda berdebar kalau-kalau kantoi dengan cikgu mereka. 

Filem dan Siri masih lagi kekalkan penipuan di dalam peperiksaan sekolah dan sambung di peringkat yang lebih tinggi iaitu peperiksaan antarabangsa, STIC di Sydney Australia tetapi selepas kes itulah yang membezakan siri dan filem ini. Kali ini mereka tambah dengan sebuah lagi peperiksaan yang lebih besar di adakan serentah di seluruh negara Thailand iaitu persediaan memasuki universiti tempatan. Pelanggan mereka lebih ramai dan bagaimana mereka nak kongsikan jawapan kalau mereka menjawab peperiksaan serentak di seluruh negeri kan. Itu kena tengok.

Lagu yang digunakan pun best, ala-ala suspen gitu...

Filem ini masih menggunakan nama watak yang sama iaitu Lynn, Grace, Pat dan Bank. Lynn dan Bank iaitu 2 watak budak genius dan Grace dan Pat merupakan pasangan bercinta. Jika sebelum ini, hanya tumpukan kepada watak tambahan iaitu Ayahnya sahaja tetapi kali ini ada lagi watak tambahan penting lain lagi iaitu pengetuan dan ibu Lynn. Disebabkan mereka juga plot menjadi lebih menarik.

Di dalam siri mereka mampu untuk menerangkan setiap trick yang digunakan dan sepertinya ianya nampak lebih masuk akal berbanding di dalam filem. Mungkin dalam filem tak sempat nak explain semua kan. Ini 12 episod dengan 50 minit setiap episod banyak yang mereka masukkan bagi setiap babak. Setiap trick di terangkan begitu halus dan menarik supaya penonton pun boleh faham sehinggakan pada babak mencuri kertas peperiksaan pun mereka terangkan dengan jelas. Itu memang hebat.

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Setiap watak di dalam Bad Genius The Series pasti akan melakukan kesilapan dan dengan kesilapan itulah menyebabkan plot berkembang. Sebab itu, ianya nampak lebih masuk akal. Itu yang aku kagum. Semua bersalah sebenarnya dalam siri ini.

Babak akhir itu sangat menarik minat. Walaupun Bank sudah ditangkap dan dimasukan ke pusat pemulihan akhlak tetapi Lynn masih merancang sesuatu yang lebih besar terhadap sistem pendidikan mereka. Kali ini sepertinya mereka tidak ingin lagi duduk di dalam sistem pendidikan sedia ada sebaliknya merancang tanpa penipuan untuk mengubah sistem pendidikan mereka sendiri.

Bad Genius The Series Lebih Drama Dan Lebih Mendebarkan

Untuk musim pertama ini, mungkin mereka menipu dan untuk musim kedua kelak sepertinya, Lynn akan menjadi salah seorang penggubal sistem di dalam sistem pendidikan dan Bank menjadi Perdana Menteri? Hebat beb ending dia. Korang kena tengok.

Untuk anda nikmat, isi jalan cerita, debaran, trick penipuan, drama, tangisan, penipuan, percintaan, persahabat. Semua ada dalam siri ini. Korang memang puas hatilah.

6/Post a Comment/Comments

  1. dah tengok drama ni, memang best..hehe

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak tengok lagi. nampak mcm best

    ReplyDelete
  3. tahu kewujudan series ni tapi malas nak tengok sebab dah enjoy movie dia

    ReplyDelete
  4. Menarik jalan cerita, lain dari yang lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post