Cara Semak Status Dan Buat Permohonan Baru BPN 2.0

Cara Semak Status Dan Buat Permohonan Baru BPN 2.0

Anda sudah boleh mula semak status permohonan atau jika ingin buat permohonan baru bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bermula hari ini.

Kerajaan melalui YAB Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan pakej bantuan KITA PRIHATIN dan antara intipati adalah Bantuan Prihatin Nasional, BPN 2.0 untuk golongan isi rumah dan golongan bujang. Bantuan ini berbentuk one-off yang akan dibayar terus kepada penerima. Bantuan ini pastinya akan memberi manfaat kepada individu atau keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan juga kesan daripada PKP sehingga kini.

Jumlah bayaran BPN 2.0 sedikit berbeza dengan BPN sebelum ini. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut :

Kategori Isi Rumah

B40 (Pendapatan RM4000 ke bawah) akan peroleh RM1000 (700/300)
M40 (Pendapatan RM4001 - RM8000) akan peroleh RM600 (400/200)

Kategori Bujang

B40 (Pendapatan RM2000 ke bawah) akan peroleh RM500 (350/15)
M40 (Pendapatan RM2001 - RM4000) akan peroleh RM300 (200/100)

Bayaran akan dibuat dalam 2 fasa iaitu fasa pertama pada penghujung Oktober 2020 dan fasa kedua pada Januari 2021.

BACAPenerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank yang telah ditetapkan sebelum ini dan manakala bagi yang tiada akaun bank, boleh buat tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran

Cara Semak Status Permohonan BPN 2.0

Secara amnya, jika anda sudah menerima BPN sebelum ini, secara automatik anda akan menerima juga BPN 2.0 ini. Tapi anda boleh semak status tersebut secara online bermula 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN dengan klik pautan dibawah

Klik Untuk Semak Status Permohonan/Icon/button/#367DC4

Cara Semak Status Dan Buat Permohonan Baru BPN 2.0

Jika status LULUS, ini bermakna anda berjaya dan tidak perlu buat apa-apa. Tunggu sahaja duit masuk. Jika tiada data, anda boleh mula buat permohonan baru di pautan yang sama.

Cara Buat Permohonan Baru BPN 2.0

Mungkin BPN sebelum ini anda tidak memohon dan kali ini untuk BPN 2.0 anda ingin memohon.  Jika memenuhi syarat, anda boleh mohon bermula 15 Oktober hingga 15 November 2020 iaitu melalui 2 cara :

  1. Mohon secara online di bpn.hasil.gov.my ATAU
  2. Penghantaran borang manual ke cawangan LHDNM atau UTC. Anda boleh download borang permohonan baru itu melalui Portal BPN

Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan. Semua adalah berdasarkan data yan sedia ada.

Jika permohonan berjaya kelak, pembayaran BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2020 sama ada ke akaun bank atau tuntutan tunai di cawangan BSN.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan info penuh berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) di laman sesawan bpn.hasil.gov.my 

4/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post