Carboot Sale, Pasar Karat, Pasar Malam Di Temerloh Dihadkan Sehingga Jam 10 Malam Sahaja

Carboot Sale, Pasar Karat, Pasar Malam Di Temerloh Dihadkan Sehingga Jam 10 Malam Sahaja

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah memberitahu dimana tempoh operasi pasar malam, car boot sale, pasar karat adalah sehingga jam 10 malam sahaja.

Pada 3-4 hari yang lepas termasuk hari ini, Malaysia telah menerima sebuah angka yang besar dalam bilangan kes jangkitan COVID-19. Hari ini sahaja melalui laporan KKM, 3 Oktober telah dicatatkan angka tertinggi iaitu 317 kes jangkitan COVID-19 di seluruh Malaysia. Ianya juga angka yang tertinggi telah dicatatkan sejak pandemik ini memasuki sempadan negara pada Februari yang lepas.

Dalam banyak-banyak kes tersebut, Pahang tidak terkecuali, apabila setakat ini telah mencatatkan 10 kes aktif yang melibatkan daerah Kuantan, Jerantut dan Temerloh. Dalam 10 kes tersebut, ada 1 kes yang melibatkan mukim Mentakab di Temerloh. Oleh sebab itulah, MPT telah mengeluarkan arahan terbaru berkaitan waktu operasi bagi beberapa aktiviti terlibat.

Waktu Operasi Dihadkan Sehingga 10 Malam

Dalam notis pemberitahuan yang diumumkan oleh pihak MPT, waktu operasi Pasar Malam, Car Boot Sale, Pasar Karat dan Kolam Memancing Terbuka dan Tertutup di dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh hanya dibenarkan sehingga jam 10 malam sahaja berkuatkuasa serta merta. Tarikh akhir akan diumumkan kelak.

Arahan ini dibuat dalam usaha mengekang penularan COVID-19 yang telah memasuki daerah Temerloh yang kini sudah masuk zon kuning. 

Oleh itu, segala aktiviti ini mesti dihentikan sebelum jam 10 malam. Tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana peniaga atau penjaja yang ingkar arahan ini.

BACADatang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Jadi kepada semua orang Temerloh khususnya dan rakyat Malaysia amnya, jaga penjarakan fizikal, pakai face mask dan sentiasa cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Biar je la 1 kes tu, jangan nak bertambah lagi selepas ni.

2/Post a Comment/Comments

  1. Apa boleh buat, terpaksalah akur arahan. Moga si jahat covid-19 segera lenyap dari muka bumi ini.

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post