Dalam Kenangan. Panggung Wayang GSC Berjaya Megamall, Kuantan Ditutup Sepenuhnya

gsc berjaya megamall kuantan ditutup sepenuhnya

Baru ni tular perkongsian gambar di twt_pahang dimana pengumuman dibuat bahawa GSC Megamall, Kuantan telah ditutup. Jadi banyak riaksi nitizen yang dapat lihat dengan perkongsian gambar tersebut terutamanya berkaitan pengalaman selama menonton panggung wayang tersebut.

Di Kuantan pada awalnya terdapat 2 lokasi terdapatnya panggung wayang GSC iaitu di pusat beli belah GSC Megamall dan juga di East Coast Mall. GSC di Megamall merupakan panggung wayang pertama dibuka selepas ianya dibuka di ECM selepas shopping mall tersebut siap.

GSC ECM dibina bagi menampung kapasiti penonton yang ramai dalam satu-satu masa. Ini kerana kapasiti GSC Megamall tidaklah terlalu besar jika dibandingkand di ECM dan kalau tak silap ianya juga digelar GSC Lite Megamall, Kuantan.

GSC Berjaya Megamall Kini Ditutup Sepenuhnya

gsc berjaya megamall kuantan ditutup sepenuhnya

sumber gambar : syafiqxanuar
Jadi melalui ciapan gambar tersebut pada 15 Oktober 2020 adalah dimaklumkan GSC Berjaya Megamall telah ditutup sepenuhnya. Mereka juga berterima kasih kepada semua penonton filem yang telah menyokong mereka selama ini sejak pembukaan.

Ianya juga telah disahkan oleh pihak GSC melalui jawapan daripada akaun twitter rasmi mereka.

Aku tak pasti berapa lama ianya beroperasi, tetapi GSC Megamall sudah beroperasi sejak 2014 dimana buat pertama kali aku jejak kaki disana. Ya, aku antara mereka yang mempunya pengalaman tersendiri bersama dengan GSC Berjaya Megamall, Kuantan.

Pengalaman Bersama GSC Megamall

Pada awalnya di Temerloh, tiada panggung wayang dibina seperti hari ini, jadi sejak di bangku sekolah, aku tak pernah pergi menonton wayang. Tiba waktu aku sambung belajar di UMP, Gambang la aku buat pertama kalinya merasai pengalaman menonton filem di hadapan skrin besar di panggung wayang.

BACA : Tayangan Percuma Sempena Pembukaan GSC Melawati Mall

Jadi panggung wayang pertama aku adalah bersama GSC Berjaya Megamall, Kuantan sekitar tahun 2013/2014 aku tak ingat. Itulah kali pertama aku jejak kaki di panggung wayang. Dan kalau tak silap, filem pertama aku tonton adalah filem seram sama ada filem Thailand atau Ju-On (pun aku tak ingat). Yang aku ingat, aku ikut Aiman Rosli. 

Harap ko baca entry ni man, dan sahkan filem apa pada hari tersebut haha

Pada waktu tersebut, GSC hanya ada sebuah sahaja. Ketika itu, ECM baru sahaja mula dibuka dan GSC bersedia lagi untuk menerima penonton. Jadi kena la tonton di Megamall. Sejak dari itulah, kalau berkelapangan dan berduit sikit, boleh la tonton wayang dan yang pastinya tonton di GSC ECM la. Lebih selesa.

Kini di Kuantan pun sudah banyak pilihan untuk menonton wayang iaitu di GSC ECM dan juga MBO Cinemas di Kuantan City Mall.

Terima kasih GSC Berjaya Megamall untuk servis anda selama ini sehinggalah ditutup sepenuhnya. Mungkin Megamall pun tutup lepas ni kot.

3/Post a Comment/Comments

  1. Lama dah tak tengok wayang. Sekarang layan online movie.

    ReplyDelete
  2. Pasti penonton setia pawagam ni terkesan kan.

    ReplyDelete
  3. sejak2 covid ni, jarang dah menonton wayang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post