Lokasi Kedai Kancil Raja Patin, Temerloh Bertukar Tempat Baru Di Bukit Desa Semantan

Lokasi Kedai Kancil Raja Patin, Temerloh Bertukar Tempat Baru Di Bukit Desa Semantan

Sila ambil perhatian kepada peminat ikan patin tempoyak semua! Lokasi Kancil Raja Patin, Temerloh telah bertukar ke tempat baru. Kini mereka akan mula beroperasi di lokasi baru iaitu di Bukit Desa Semantan. 

Aku sebagai orang Temerloh dan juga antara peminat ikan patin Kancil Raja Patin ni nak bagi tahu kepada semua terutamanya peminat ikan patin daripada luar Temerloh. Lokasi kedai mereka kini telah diputuskan selepas beberapa minggu menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, KRP mengumumkan dimana, lokasi kedai di tepi Sg. Pahang terpaksa ditutup ini berikutan hakisan tebing yang semakin merebak dan pastinya membahayakan keselamatan pemilik restoren dan juga pelanggan yang datang setiap hari di sana.

Lokasi Kedai Kancil Raja Patin, Temerloh Bertukar Tempat Baru Di Bukit Desa Semantan

Sepanjang tempoh itulah, mereka mula beransur untuk pinda tetapi masih tidak mempunyai kedai dan lokasi kedai yang strategik bagi menyambut pelanggan yang datang terutamanya pada hujung minggu yang sentiasa padat dengan manusia.

BACAAntara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Kancil Raja Patin, Temerloh mengumumkan penutupan selamanya di tepi Sungai Pahang pada 5 Oktober 2020 yang lepas. Sejak daripada itu, mereka henti operasi kedai mereka sehingga kedai baru siap diubah suai supaya menjadi lebih cantik, menarik, tertarik dan selesa untuk pelanggan.

Lokasi Kedai Baru Kancil Raja Patin, Temerloh Diumumkan!

Tidak bercuti lama, hanya 5 hari sahaja, Kancil Raja Patin mengumumkan dimana mereka mula operasi semula pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) di kedai baru di Bukit Desa Semantan. Pada hari tersebut, mereka akan lakukan soft launch dengan menyediakan promosi harga tak masuk akal. Antanyaiaitu Gulai Patin Tempoyak hanya RM8.00 seketul.

Jadi kalau orang luar daripada Temerloh yang datang secara konvoi atau datang bersama keluar dan nak makan Kancil Raja Patin, Temerloh, anda boleh search atau waze lokasi baru di alamat; 

Kantil Kancil Raja Patin HQ

No 65 , Jalan BDS 1 , Bukit Desa Semantan , Temerloh

Pada pandangan awal, terdapat beberapa kelebihan lokasi kedai baru KRP ini iaitu

  • Mudah nampak daripada jauh, kerana berada di tepi jalan besar
  • Jarak daripada exit tol Temerloh tidak jauh
  • Banyak parking
  • Kawasan makan lebih besar dan pastinya lebih selesa (2 lot kedai)

Tapi pemandangan Sungai Pahang tu, takda dah la. 

Jadi lepas ni, kalau nak pergi Kancil Raja Patin, tak perlu lagi ke tepi sungai sana. Cari di lokasi baru ni pula. Ok dah settle promo haha

Semoga berjaya kepada owner KRP di tempat baru!

2/Post a Comment/Comments

  1. Kepada pelanggan tetap kena noted ni.

    ReplyDelete
  2. kak ana pernah pii Patin kancil yang asal di tepi sungai Temerloh dalam kawasan kampung sangat, lama dah laa. Memang terbaik patin kancil ni :)

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post