Jom La Cuba Menu McD Baru Ni, Burger Daging Honey Mustard

menu baru mcd burger daging honey mustard

Minggu lepas berpeluang nak rasa menu baru McDonalds iaitu Burger Daging Honey Mustard. Jadi singgah mekdi, beli dan cuba la seketul.

McDonalds ada memperkenalkan menu baru 3 jenis burger iaitu Smoky Grilled Beef, Quarter Pounder dengan Keju dan juga Burger Daging Honey Mustard. Selain daripada Honey Mustard, rasanya 2 jenis burger lagi sudah diperkenalkan mcd sebelum ini. Bila, aku tak ingat.

BACASerius Kena Cuba! Menu Baru McDonalds Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Manakala bagi sos honey mustard ini sebenarnya pernah diperkenalkan sebelum ini iaitu bersama nugget tapi kali ini mereka gabungkan burger daging bersama sos honey mustard. Sedap ke tidak? Sebab tu aku gi cuba terus di sana terus. 

Jadi aku ada sediakan sikit review berkenaan menu baru McD ini Burger Daging Honey Mustard. Sedap ke tidak, ini hanya berdasarkan citarasa aku la.

Reviee Burger Daging Honey Mustard McDonalds

Secara jujur aku bukan jenis peminat burger McD. Aku hanya sekadar nak rasa sahaja. Jarang aku repeat makan burger Mekdi ni. Kalau hanya fans ayam goreng dan fries McDonalds sahaja. Itu nak repeat banyak kali pun sanggup.

Menu Burger Honey Mustard menawarkan harga RM16 unuk dine-in dan anda akan dapat burger, fries dan air bikarbonat dengan saiz medium. Nak large, macam biasa tambah RM1.60. Tapi kalau nak McDelivery, harga RM17.92 untuk saiz medium yang tidak termasuk caj penghantaran.

menu baru mcd burger daging honey mustard

menu baru mcd burger daging honey mustard

Berbeza dengan menu burger lain, jika anda beli "Honey Mustard Beef Burger" ni ianya hanya akan dibalut dengan kertas sahaja dan bukan diletakkan di dalam kotak. Tapi ok je.

Burger ini menyediakan roti bun yang sedap dengan bijan ditabur hitam putih diatasnya. Pada bahagian dalam, ada petty daging, sayur-sayuran dan sos honey mustard. Itu sahaja. Saiz standard, tidak besar dan tidak kecil.

Untuk rasanya pula, gabungan honey mustard dan burger daging ok ok sahaja. Tiada yang istimewa pun. Kalau siapa yang minat honey mustard ni mesti suka. Tapi nak lebih sedap macam biasalah, makan bersama sos cili McD dan secara automatik terus sedap burger tu. Sos mustard tak pedas tau. Jadi orang yang tak suka pedas, boleh la makan. Petty daging, lembut dan sedap dimakan. Dapat pula masa panas masa tu. Lagi la sedap.

menu baru mcd burger daging honey mustard

Untuk menu sampingan tu, macam biasa la french fries dan air sprite. Itulah rasanya, yang penting fries jangan makan masa sejuk. Tak sedap.

Apa-apa pun bagi aku sendiri Burger dengan sos Honey Mustard ni sedap je tapi kalau untuk repeat, aku taknak dah. Dengan harga yang sama, boleh dapatkan harga ayam goreng kegemaran aku. Itu sahaja. Boleh la cuba nanti di restoren mcd keh.

6/Post a Comment/Comments

  1. Nampak sedapnyaa lahaiii..kena cuba juga laa gamaknyaa..
    Kang nak suruh anak belikan..

    ReplyDelete
  2. kak pip suka sos mustard.
    tapi kenot imagine la pula kalau add dgn honey.
    apapun, x try lagi burger ni.
    dan kak pip lebih prefer makan BK berbanding McD when it comes to burger.

    ReplyDelete
  3. akak paling suka burger yang ada rasa pedas... kalau tak pedas memang tak berapa in gitu

    ReplyDelete
  4. Nyum nyum lapar plak tengok burger ni. huhu. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
  5. nak kena try gak ni, sebab bagi saya mustard mekdi sedap juga hehe

    ReplyDelete
  6. perghh nampak sedap ni. nak kena try juga ni..hehe

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post