Sekarang Dah Boleh Download Kandungan Astro GO Untuk Tontonan Secara Offline

cara download dari astro go

Berita baik untuk pengguna Astro terutamnya yang menggunakan aplikasi Astro GO. Lepas ni anda boleh la download cerita kegemaran untuk tontonan secara offline tau.

Tetapi ini bukan bermakna anda boleh cetak rompak. Sebab download kandungan Astro GO ini masih menggunakan platform penstriman tersebut dan bukannya masuk ke dalam handphone anda.

BACA : Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2020

Astro GO diberikan secara percuma kepada semua pelanggan Astro. Anda boleh tonton secara serentak hingga 4 peranti dalam 1 masa tetapi cerita berlainan. Tak perlu nak berebut remote TV dah pun. Guna je Astro GO.

Tapi Astro GO ni mesti bersama dengan sambungan internet untuk menonton. Jadi kalau guna data, cepatlah habis nanti. Atau kalau tiada internet, terus tak dapat buka aplikasi Astro GO ini. Susah bukan?

Jadi sebab itulah, Astro telah memperkenalkan ciri terbaru iaitu fungsi "Download". Anda boleh download atau muat-turun kandungan Astro GO yang anda minati dan anda boleh tonton tanpa sambungan Internet pada bila-bila masa sahaja. 

cara download dari astro go

Cara Download Kandungan Astro GO

Ciri Download ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Astro GO. Website astrogo.astro.com.my tak boleh. Jadi anda perlu muat-turun di Android, iOS atau App Gallery. Ikuti caranya dibawah.

"Sign in" aplikasi Astro GO dan search kandungan kegemaran anda. 

Kemudian tekan sahaja butang "Download" dan tunggu sehingga selesai. Siap! Anda dah boleh tonton cerita tersebut secara offline

cara download dari astro go

Setakat ini bukan semua kandungan anda boleh download, hanya beberapa sahaja seperti drama Sweet Dreams, The Masked Singer, Suspicious Partner, Running Man, Ejen Ali S1 dan S2, The Arrow, The Amazing Race S32, Jalan Sesat ke Syurga, Tale of the Nine Tailed, Bigg Boss S4 dan banyak lagi la. Boleh semak sendiri.

Selain itu juga, kandungan siri TV akan berada di dalam Astro GO selama 7 hari, manakala kategori filem akan berada dalam 2 hari sahaja. Selepas itu, ianya akan terpadam sendiri. Anda boleh download kandungan lain pula.

Mudah je kan...

4/Post a Comment/Comments

  1. mcm astro first gak la. cuma buleh tgok dua hari je. TP oklah sbb dah ada function ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la kan. ada la update baru dari astro hehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kenapa ya bila sy nak tgk episod yg lepas dia kata tak subscribe. kene subscribe kat dekoder sdgkan channel tu mmg ada. Bila buka kat tv ada je channel tu. Ke hanya blh tgk live sahaja .?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post