Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

Satu lagi tempat yang saya ingin kongsikan tempat makan menarik di Temerloh adalah di Bangman Fried Chicken, Temerloh atau lokasi lebih tepatnya Paya Pulai, Seberang Temerloh.

Mungkin dah biasa kita jumpa ayam goreng dengan saiz kecil dijual dengan harga RM1 seketul. Jadi kita boleh la beli dan makan dengan kuantiti yang banyak tapi kenyang. Mungkin juga anda dah biasa makan ayam goreng dengan disaluti cheese di atasnya. Nyum!

Tapi... mungkin anda belum biasa apabila ayam goreng yang disaluti cheese yang banyak atau cheese tak kedekut digelarnya. Ya, ianya hanya disediakan di Bangman Fried Chicken sahaja. Macam biasalah, ayat macam ayat promo. haha

Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

Bangman Fried Chicken antara tempat makan yang viral di Temerloh selain daripada port Ikan Patin. Ini juga antara tempat yang saya sempat untuk singgah dan merasai sendiri, pedas manis antara gabungan ayam goreng disaluti cheese dan serbuk cili.

BACA : Taknak Ikan Patin Dah? Jangan Risau Ada Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh

Kedai lain biasa ada juga jual ayam goreng RM1 seketul tapi kedai Bangman Fried Chicken ini berlainan kerana kuantiti cheese atau keju yang diberi itu sangat banyak dan sangat tidak kedekut. Jadi tiada alasan lagi nak bagi tahu cheese tak cukup masa makan.

Untuk rasa, ayam goreng dengan gabungan serbuk cili bersama sos keju sangat sedap. Untuk rasa istimewa itu, tidaklah, cuma penyediaan dan persembahan itu yang memberi kelainan disamping harga berpatutan.

Jangan risau, ketika anda membeli set ayam goreng tersebut, barulah mereka akan taburkan serbuk cili (pilihan) bersama-sama dengan sos keju 'live' di depan anda sendiri. Inilah masanya, kalau anda nak tangkap gambar atau ambil video. Memang 'satisfying' la orang cakap.

Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

Harga Menu Di Bangman Fried Chicken

Kedai ini hanya fokuskan kepada ayam goreng tapi ada juga disediakan beberapa menu tambahan lain lagi.

Paling berbaloi, anda boleh dapatkan Bangman Fried Chicken set combo iaitu ayam goreng bersama cheese + Fries + air (coke atau ice lemon tea) dengan harga RM15 sahaja. Untuk menu lain, Fries Cheeze Mozarella hanya berharga RM10. Menu corndog with cheese berharga RM9 sahaja.

Untuk menu ala carte, fries saha berharga RM3 manakala seketul ayam goreng berharga RM0.99. Set 1 (7 ketul ayam goreng) + cheese berharga RM10 manakala Set 2 (10 ketul ayam goreng) _ cheese berharga RM13.

Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

Kena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

Untuk orang Temerloh atau luar Temerloh nak merasa ayamg goreng Bangman ni, anda boleh waze sahaja Bangman Fried Chicken atau terus menghala ke Sekolah Paya Pulai, Seberang Temerloh. Lokasi kedai, betul-betul sebelum sekolah tersebut. 

Waktu operasi adalah setiap hari bermula 1 petang hingga 8 malam atau hingga ayam habis. Disediakan juga ruang makan yang luas atau anda boleh saja bungkus untuk bawa pulang ke rumah untuk menikmati bersama yang tersayang

Dengan harga yang ditawarkan, bagi saya cukup berbaloi untuk rasa dan repeat 2 bulan sekali. Tak boleh lah makan selalu kan benda-benda manis ni. hehe

4/Post a Comment/Comments

  1. baca blog aiman ni buat sis teringin naaa nak ke TEMERLOH ... bilakah lagi kan ku jejak ke sana. ahaha

    ReplyDelete
  2. Oh! Memang berselimut ayam tu dengan cheese! Puas makan kalau banyak cheese. Biasanya kalau makan di restoran, cheese dibubuh seco'et jew.

    ReplyDelete
  3. takut pulak tengok cheese banyak macam tuh.. sy bukan peminat cheese..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post