Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

Jangan tak tahu, di Temerloh ada juga tempat santai menarik tau. Anda boleh cuba di Vanilla Temerloh dan merasa aiskrim vanilla fresh dari ladang.

Anda boleh santai bersama keluarga dan merasai aiskrim vanilla dengan suasana kebun yang menyamankan. Ya! mereka dapatkan perisan vanilla terus daripada pokok yang mereka tanam sendiri. Inilah antara daya tarikan menarik disini. Mereka ada kebun vanilla dan dalam masa yang sama mereka sajikan kepada orang ramai dengan vanilla mereka sendiri.

Sebelum ini, saya ada kongsikan antara tempat makan menarik yang ada di Temerloh dan salah satunya adalah di Amani Vanilla Temerloh ini. Takkan setiap kali datang Temerloh makan ikan patin je kan. Kali ini, tukar selera dan singgah disini untuk dapatkan semangkung ice cream vanilla fresh dari ladang.

BACATaknak Ikan Patin Dah? Jangan Risau Ada Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

Ini merupakan pengalaman pertama saya sampai disini walaupun lokasinya tidak la jauh dari tempat tinggal. Lokasi kedai juga tidak terlalu jauh dari bandar Temerloh. Jadi kalau orang luar Temerloh datang, tak perlu la nak driving jauh-jauh dah.

Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

Merasai Aiskrim Vanila Dalam Kebun Vanilla Temerloh

Amani Vanilla Temerloh terletak di seberang Temerloh, berhampiran dengan Hospital Temerloh. Jadi landmark paling mudah adalah cari HOSHAS tersebut. Kafe atau kedainya pula sangat menarik kerana ianya berada di dalam kebun Vanilla tersebut. Untuk parking jangan risau, ada disediakan kawasan yang luas.

Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

Amani Vanilla Temerloh, Pahang beroperasi setiap Selasa hingga Ahad bermula 11 pagi hingga 7 malam dan rehat 1-2 petang. Hanya hari Isnin sahaja tutup. 

Menu yang dihidangkan disini semuanya berasaskan aiskrim vanila sahaja tetapi dibezakan dengan topping. Antara yang disediakan adalah Gula Kabung, Salted Caramel, Oreo, Chocolate Rice dan Rainbow Pops. Harga dibezakan dengan saiz aiskrim sahaja;

Large (500ml) = RM 18.00
Medium (250ml) = RM 10.00
Cup (2 scoops) = RM 4.00
Cone (1 scoop) = RM 3.00

aiskrim vanilla temerloh pahang

waffle aiskrim vanila temerloh

Selain itu ada juga, AVT Float berharga RM5.00. Anda kena juga cuba. Manakala untuk makanan, disediakan menu Waffle Aiskrim Vanila berharga RM6.50 (tak ingat). Jadi anda kena cuba semua ni bila datang disana. Rasa vanila cukup segar dan sedap. Boleh repeat kalau datang lagi sini.

TIPS

Anda boleh dapatkan 5% diskaun dalam satu resit iaitu dengan cara like dan subscribe 3 akaun media sosial mereka. Sebaiknya lakukan di depan mereka ketika ingin buat bayaran.

Instagram : www.instagram.com/vanilla_temerloh/
Facebook : Vanilla Temerloh
Youtube : Amani Vanilla Temerloh

Selain itu, jika anda termasuk golongan wanita mengandung dan OKU, anda boleh tebus 1 kon aiskrim vanila secara percuma.

Sambil menikmati ice cream vanila, boleh hayati pemandangan dengan dikelilingi oleh kebun vanilla. Kalau ada rezeki, anda boleh saksikan bagaimana pengusaha menguruskan tanama vanila tersebut secara langsung.

Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

Pada hari tersebut, kami tidak berkesempatan untuk melihat vanilla daripada dekat. Sebab ianya masih belum berbuah, jadi tak nampaklah vanilla kehitaman tu. Selain tu, kalau nak beli pokok vanilla terus pun boleh, jumpa sahaja pengusahan yang ada disana.

Sebelum anda pulang, jangan lupa untuk tangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Mereka ada sediakan port bergambar berlatarbelakangkan kebun Vanila. Lepas tu bolehlah kongsikan di Instagram supaya viral dan lebih ramai lagi yang datang dan support perniagaan anak tempatan ini.

5/Post a Comment/Comments

  1. Sedapnya dapat makan vanilla fresh..Kali pertama tengok pokok vanilla..menjalar rupanya

    ReplyDelete
  2. tak ajak pun pergi makan ice cream. Hahaha..
    blh masuk list jalan2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari la sini dulu. baru boleh ajak, tapi ko belanja :D

      Delete
  3. sedapnya.. teringin Naim nak ke sana nanti~

    ReplyDelete
  4. waffle tu nampak sedaplah, aiman

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post