Kepada yang ada masalah barang yang dibeli di Shopee, anda boleh ikuti langkah ini cara return barang secara percuma dan dapatkan refund daripada seller untuk tahun 2020.
Inilah yang telah berlaku pada saya sebagai buyer di Shopee iaitu peroleh barang yang tak sempurna apabila dibeli daripada seller di Shopee. Dalam perkongsian ini saya tak salahkan sesiapa pun dan berharap seller supaya lebih improve dalam penjualan barangan. Tapi tengok review, banyak je barang yang ok.
BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini
Baru-baru ini, saya beli aksesori atau keperluan laptop iaitu sebuah beg laptop. Kebetulan, beg laptop lama dan putus, jadi kena lah beli yang baru. Kebetulan lagi dengan laptop baru.
Sebab kaki shopping di Shopee, saya beli la bagi tersebut di Shopee dengan harga yang sangat berpatutan atau dalam kategori murah la bersama-sama dengan barang berkualiti sesuai dengan harga. Barang berkualiti tapi ada masalah ke?
BACA : Cara Buat Duit Melalui Affiliate Shopee Ambassador Program
Masalah yang dihadapi?
Bag yang saya dapat semua dalam keadaan baik dan tiada kerosakan kecuali satu sahaja. Pada beg laptop tersebut tiada tali pengikat bagi sandang beg tersebut seperti dalam gambar. Saya boleh terima lagi kalau ada kerosakan tetapi ini adalah tak cukup sifat. Sudah pastinya ia tidak boleh dipakai sama sekali.
Jadi tidak boleh tidak, saya kena minta refund semula daripada seller atau minta item atau barangan yang lain yang cukup sifatnya.
Cara Return Barang Dan Dapatkan Refund Di Shopee
Sebelum itu perkara penting yang anda perlu tahu, anda boleh return barang kepada seller secara PERCUMA sebelum anda tekan butang "Order Received" atau dalam masa 3 hari selepas barang anda sampai.
Jadi adalah lebih baik, anda bagi rating kepada seller selepas 3 hari je. Jangan tergopoh-gapah nak bagi 5-star atau anda yakin barangan anda tersebut dah cukup sempurna.
Jika ada masalah pada barang anda dan nak refund, follow cara ini. Langkah ini lebih mudah, saya tunjukkan guna telefon sahaja iaitu melalui aplikasi Shopee. Juga disediakan tutorial bergambar. Harap anda faham la ye.
Cara Mohon Refund
Langkah 1 : Pergi kepada "My Purchases" dan cari barang anda tersebut dan klik pada barang tersebut.
Langkah 2 : Kemudian klik pada "Return/Refund". Akan dipaparkan halaman untuk anda lengkapkan semua maklumat berkaitan barangan anda tersebut.
Langkah 3 : Jadi disini, anda perlu masukkan maklumat Reason, masukkan gambar, description, solution dan juga refund amount.
Saya masukkan terlebih dahulu upload gambar beg saya dengan bahagian yang tidak sempurna tersebut dengan jelas. Lebih mudahkan seller nampak keadaan barang kita tersebut.
Awalnya pada "Reason" dan pilih antara 5 sebab yang dipaparkan:
- Did not receive the order
- Received an incomplete product
- Received the wrong product
- Received a product with physical damage
- Received a faulty product
Dalam kes saya ini, sebenarnya faulty product, tapi saya pilih "physical damage"
Kemudian pilih pada halaman "Select a Solution", anda pilih sama ada refund only atau return and refund. Ini merupakan pilihan yang anda bagi pada seller tau. Jadi seller berhak untuk terima atau tidak.
Seterusnya, masukkan penerangan pada bahagian "Description" tentang barang anda tersebut supaya seller lebih faham keadaan barang dan kenapa anda nak return barang.
"Tiada tali pada bahagian sandang belah kiri, macam mana nak pakai?"
Akhir sekali masukkan "jumlah refund" yang anda mohon. Masukkan sahaja nilai sebenar barangan anda tersebut. Dalam kes saya, barang harga RM15, saya telak RM15 terus.
Jika sudah lengkap semuanya, anda boleh tekan butang "Submit"
Seterusnya
Langkah seterusnya adalah anda perlu tunggu respond daripada seller dalam tempoh yang ditetapkan oleh Shopee (proposal refund). Jika tiada jawapan, refund akan masuk ke Shopeepay anda secara automatik.
Cara Return Barang Kepada Seller
Dalam kes saya, seller respond dalam masa sehari sahaja iaitu melalui kaedah Return & Refund. Saya perlu return beg tersebut dan barulah duit akan dipulangkan semula.
Seterusnya, jom tengok langkah cara return barang kepada seller secara PERCUMA!
Langkah 1 : Jika anda setuju dengan jumlah refund, anda boleh teruskan dengan klik pada "Accept Proposal" kemudian klik pada "Confirm"
Langkah 2 : Tekan pada "Select Courier"
Langkah 3 : Pada bahagian Courier ini terdapat 2 kaedah iaitu secara percuma dan juga berbayar. Sudah tentu saya pilih pada bahagian free iaitu Shopee Supported Logistics iaitu "Poslaju". Kemudian klik butang "Confirm"
Untuk maklumat, anda juga boleh gunakan other logistic providers dan harganya berpandukan berat la. Anda kena bayar caj penghantaran tersebut. Ada Gdex, Skynet, J&T dan lain-lain lagi.
Langkah 4 : Seterusnya adalah akan dipaparkan cara bagaimana anda nak return barang tersebut menggunakan Poslaju secara terperinci menggunakan Air Waybill yang disediakan oleh pihak Shopee.
1. Return Menggunakan Poslaju
Selepas anda tekan "Confirm", anda akan diberi Tracking Number. Anda juga perlu print AWB (Air Waybill). Anda boleh download terus anda boleh email ke emel anda. Saya pilih "Download"
Kemudian print je la seperti biasa. AWB seperti gambar dibelah kanan.
2. Bungkus Barang
Bungkus sahaja menggunakan apa-apa dan pastikan ianya kemas dan selamat sahaja. Tak kisah jenis plastik apa pun. Kebetulan saya ada plastik poslaju saiz besar yang dah lama, saya gunalah.
Kemudian, anda letakkan AWB yang telah di print kan sebentar tadi ke bungkusan tersebut.
Dan pergilah ke poslaju atau pejabat pos berhampiran anda.
3. Pejabat Pos/Pos Laju
Di post office, anda bagi tahu di kaunter dan anda perlu return barang Shopee. Jadi mereka akan bagi borang "Pengeposan Poslaju Berkontrak"
Anda perlu masukkan no. akaun, tarikh dan nombor tracking. Kesemua info ini ada pada AWB tersebut. Copy sahaja. Tak tahu, tanya je staff disana.
Jika sudah siap, anda drop sahaja barang return anda tersebut bersama-sama borang tersebut tanpa perlu bayar apa-apa caj. It's Free!
Tunggu Refund Daripada Seller
Jadi langkah terakhir adalah anda perlu tunggu sahaja refund daripada seller selepas mereka menerima barang anda tersebut. Jika barang cukup, mereka akan lepaskan duit anda semula.
Selepas beg laptop yang saya return tersebut sampai, mereka lepaskan duit refund tersebut. Selepas beberapa minit sahaja. duit tersebut masuk ke akaun Shopeepay saya.
Selesai!...
Akhirnya beli beg lain design yang sama tetapi dari seller yang lain dan sedikit mahal beberap ringgit je...
Saya suka beg laptop ni :
- Banyak compartment atau poket
- Saiz tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Sesuai dengan laptop 14" saya
- Suka warna hitam
- Murah
- Kualiti terbaik (sesuai dengan harga)
Jadi jika berminat, anda boleh dapatkan beg yang sama daripada seller CC Concept di Shopee dengan harga RM19.90 sahaja.
Semoga entry ini membantu merek yang dalam kesusahan tentang hal ini 😁
ReplyDeleteada yang pernah tanya sebelum ni, cuma takda experiece lagi masa tu. Tak boleh nak kongsi. Sekarang ni lah baru terjadi. Jadi boleh la kongsi dengan orang ramai juga.
Deletepernah alami masalah yang sama, order lain barang lain pulak yang sampai. lagi parah, barang tu beratnya dekat 50kg, nak hantar balik tapi perkhidmatan poslaju tak support barang yg lebih 30kg. nak mengangkut pagi pejabat courier pon satu masalah...
ReplyDeletetmakasih , entry ni banyak membantu .
ReplyDeletekalau xde plastik nk letak semula brg.. kena beli dkt pejabat pos ke.?? ada cas x.??
ReplyDeleteplastik di pejabat pos kena bayar. Guna je plastik apa2 asalkan berbalut. takda syarat pun. untuk saya tu, kebetulan je ada lebih di rumah.
DeleteAlhamdulillah. Posting yang bermanfaat. Terima kasih.
ReplyDeleteThanks aiman. Membantu sesangattttt
ReplyDeletesy minta full refund dlm rm140 tp seller nk refund rm5 je. brg yg sampai ciplak bukan orie spt yg diiklankan. bfore that siap chat n dia kata orie.. mmg rasa tertipu sgt.
ReplyDeletekerja mudah kalu seller nk pulang duit tp masalah sy ni jenis seller penipu
ada cara ke kita nk report to shopee or mn2 pihak supaya org lain x tertipu
DeleteSaya beli earfon boleh plk dia bagi dua belah (L) Masalah nye dah tertekan order received.. Mcm mana eh?
ReplyDeleteboleh chat personal seller. Kena slow talk bagi tahu, barang salah hantar. Kalau dia suruh bayar ke apa, cuba chat shopee pula. Dieorang akan bantu.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHi.sy pnya pulak.x da butang refund only dekat solution tu.yg ada return n refund.sb sy beli dua baju. Yg smpai sehelai sja. Pastu sy klik return n refund tu.pastu sy kna pilih pulak cara pengeposan.sy pilih jnt. Jadi sy kna return balik bju yg smpai sehelai tu.tapi ke gudang shopee bukan ke seller terus.knp ya.first time jd mcmni.huhu.x penah lg jd nk mintk refund bagai
ReplyDeletepengeposan tu semua adalah bawah shopee. dia tetapkan nak hantar ke mana. Kalau kita return barang dengan keadaan yang baik atau sama masa kita terima, kita boleh dapat refund full. Lagi pun ni baju je, rasanya takda masalah dengan.
DeleteErmm..baru masuk.. Order 2 item' dapat 1 je.. Kena return and refund semula katanya..boleh dapat full refund ke eh?
DeleteConfirm ke seller akan refund jumlah penuh duit kita?
ReplyDeleteThank you bang, sangat membantu. Terbaik!!
ReplyDeletePost a Comment