Saksikan Drama Bougainvillea (Slot Samarinda) Di TV3 Dan Aplikasi iQIYI

Saksikan Drama Bougainvillea (Slot Samarinda) Di TV3 Dan Aplikasi iQIYI

Drama Bougainvillea akan menemui penonton semua bermula 28 Disember 2020 melalui slot Samarinda di TV3 dan juga tayangan menerusi aplikasi iQIYI.

Jika sebelum ini, drama Misteri Mona mendapat komen positif daripada penonton apabila menampilkan jalan cerita yang berbeza dari drama melayu tempata lain. Adakah drama Bougainvillea ini juga akan mendapat komen yang positif juga?

Selain berada di slot Samarinda, drama ini katanya bakal tampil berbeza apabila barisan pelakon hebat yang ada di dalamnya. Rasanya dah lama tak tengok Beto Kusyairy berlakon dalam drama kan. Biasa jadi gangster je dalam filem. Selain itu, beliau diapit dengan 2 pelakon jelita iaitu Intan Ladyana yang juga dah lama tak keluar dalam drama dan juga Nora Danish.

Saksikan Drama Bougainvillea (Slot Samarinda) Di TV3 Dan Aplikasi iQIYI

Sinopsis Drama Bougainvillea

Drama ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dengan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Ziema Din, Ameerul Asyraf, Mior Darwish, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

BACATonton Drama Terbaru Beri Sedikit Waktu Di TV3 (Slot Samarinda)

Drama Bougainvillea ini menceritakan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) pasangan suami isteri yang sangat romantis tetapi semuanya berubah bila Aryanna terlibat kemalangan dan koma. Adrian terpaksa mencari jururawat peribadi bagi menjaga isteri kesayangannya iaitu Mimie (Nora Danish). 

Mimie yang menjaga Aryanna mula cemburu dan obses dengan Adrian dan dia berangan untuk menjadi Aryanna. Apakah kesudahannya? Kena tengok kesemua 15 episod nanti

Saksikan Drama Bougainvillea (Slot Samarinda) Di TV3 Dan Aplikasi iQIYI

Saksikan Drama Bougainvillea (Slot Samarinda) Di TV3 Dan Aplikasi iQIYI

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Bougainvillea bermula 28 Disember 2020 yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Slot Samarinda TV3. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di aplikasi IQIYI atau laman web www.iq.com secara percuma sejurus selepas habis tayangan di TV.

Tonton Semua Episod Drama Bougainvillea

~ akan dikemaskini dari episod ke episod

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. wah finally beto buat comeback juga drama tv3. best barisan pelakonnya :)

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post