Jangan Lupa Saksikan Drama Biar Mereka Cemburu Di Astro RIA Dan Aplikasi iQIYI

Jangan Lupa Saksikan Drama Biar Mereka Cemburu Di Astro RIA Dan Aplikasi iQIYI

Bermula 1 Disember 2020, jangan lupa saksikan drama Biar Mereka Cemburu di Astro RIA di slot Megadrama bagi mengantikan drama Perempuan Tanpa Dosa sebelum ini yang mendapat sambutan yang hebat.

Drama kali ini sepertinya lebih santai dengan genre romantik komedi yang menampilkan gandingan mantap Aiman Hakim dan Nabila Razali yang nampaknya semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan.

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel "Biar Mereka Cemburu" hasil karya Anuar Darwisy yang telah diterbitkan pada tahun 2014. Kali ini ianya dibawa ke dunia lakonan pula.

Tayangan : 16 Episod di Astro RIA (slot Megadrama)
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Roslin Sharif
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan

Jangan Lupa Saksikan Drama Biar Mereka Cemburu Di Astro RIA Dan Aplikasi iQIYI

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu

Drama Biar Mereka Cemburu ini mengisahkan Nadia (Nabila Razali), sebagai 'gadis delivery' di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pekerja biasa di Restoren Tajol 1985 dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam (Izzat Mushtaq), seorang pekerja biasa yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada Nadia. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia?

Tengku Iedil (Aiman Hakim Ridza), anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan 'gadis delivery' ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni

Jangan Lupa Saksikan Drama Biar Mereka Cemburu Di Astro RIA Dan Aplikasi iQIYI

Jangan Lupa Saksikan Drama Biar Mereka Cemburu Di Astro RIA Dan Aplikasi iQIYI

Waktu Siaran

Drama Biar Mereka Cemburu akan bermula siaran pada 1 Disember 2020. Drama ini akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro RIA dan RIA HD melalui slot Megadrama. Pengguna Astro boleh juga strim melalui Astro Go.

Kali ini, anda juga boleh strim melalui aplikasi iQIYI atau terus ke laman web www.iq.com untuk tonton sejurus selepas habis tayangan di TV (jam 11 malam)

Tonton Episod Penuh Drama Biar Mereka Cemburu

Biar Mereka Cemburu EPISOD 1

Biar Mereka Cemburu EPISOD 2

(Kena langgan akaun VIP untuk tengok episod penuh selepas ini)

Biar Mereka Cemburu EPISOD 3

Biar Mereka Cemburu EPISOD 4

Biar Mereka Cemburu EPISOD 5

Biar Mereka Cemburu EPISOD 6

Biar Mereka Cemburu EPISOD 7

Biar Mereka Cemburu EPISOD 8

Biar Mereka Cemburu EPISOD 9

Biar Mereka Cemburu EPISOD 10

Biar Mereka Cemburu EPISOD 11

Biar Mereka Cemburu EPISOD 12

Biar Mereka Cemburu EPISOD 13

Biar Mereka Cemburu EPISOD 14

Biar Mereka Cemburu EPISOD 15

Biar Mereka Cemburu EPISOD 16 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post