Tonton Semua Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Di TV3 (Slot Lestary) Dan Aplikasi iQIYI

Tonton Semua Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Di TV3 (Slot Lestary) Dan Aplikasi iQIYI

Drama melayu TV3 diteruskan lagi dengan tayangan drama Hadiah Dari Tuhan iaitu bermula 30 Disember 2020 melalui slot Lestary TV3 dan aplikasi iQIYI.

Drama ini menggantikan Sang Pewaris sebelum ini. Jika slot Lestary ditayangkan pada setiap Rabu hingga Khamis sahaja sebelum ini. Tetapi kali ini untuk tahun baru 2021, slot Lestary akan ditayangkan bermula Rabu hingga Sabtu dalam jam siaran yang sama.

Tidak cukup menarik lagi, drama Hadiah Dari Tuhan ini merupakan antara drama tempatan yang terawal menceritakan dengan keadaan semasa pandemik COVID-19. Menceritakan kehidupan petugas barisan hadapan dan juga mereka yang telah disahkan positif COVID-19 juga atas pentas lakonan semata-mata.

Siaran : Slot Lestary TV3 dan Aplikasi iQIYI
Pengarah : Fairuz Loy
Penerbit : Country Universal Sdn Bhd
Penulis Skrip : Janjira dan PGRs Team
Pelakon : Syafitee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia Al Barakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Ummar Dzarif, Izreen Azminda, Aryana Amani dan ramai lagi

Tonton Semua Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Di TV3 (Slot Lestary) Dan Aplikasi iQIYI

OST Drama

Muhasabah - Alfie Zumi 

Sinopsis Hadiah Dari Tuhan

3 watak penting menceritakan 3 golongan isi rumah iaitu Qul Fattah (Syafi Tee) lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila (Riena Diana) lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina (Sophia AlBarakbah) lahir dalam keluarga kategori T20.

Drama Hadiah Dari Tuhan ini bermula dengan penceritaan kehidupan Qul selepas kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya. Jadi dia selaku anak sulung lelaki menjadi ketua keluarga dalam keluarganya yang masih mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin (Puteri rafasya) yang masih bersekolah rendah. Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap dirumah pangsa PPRT. 

Ika pula anak tunggal kepada Jannah (Amy Mastura) yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan. Ika masih mempunyai bapa tetapi mereka telah pun bercertai sewaktu dia masih kecil lagi.

Daripada 2 kehidupan di atas, Bella (dari golongan T20) pula dilihat paling bernasib baik. Dia dilahirkan serba mewah dan masih mempunyai ibu bapa yang berpendapatan besar. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular di Malaysia, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Jadi anda kena tengok juga bagaimana penerimaan masyarakat, apabila ada ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19 ini.

Tonton Semua Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Di TV3 (Slot Lestary) Dan Aplikasi iQIYI

Tonton Semua Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Di TV3 (Slot Lestary) Dan Aplikasi iQIYI

Waktu Siaran

Bermula 30 Disember 2020, drama Hadiah Dari Tuhan ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di slot Lestary TV3 untuk 13 episod. Anda juga boleh tonton secara online di aplikasi iQIYI atau laman web www.iq.com sejuru selepas habis tayangan di TV.

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post