Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Termasuk Pemohon Baru Dibuat Mulai 21 Januari Ini

Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Termasuk Pemohon Baru Dibuat Mulai 21 Januari Ini

Berita baik! Bayaran bagi fasa kedua BPN 2.0 termasuk pemohon baru yang dibuat sebelum ini akan dibuat mula 21 Januari 2021. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 diperkenalkan sekali lagi melalui Pakej Kita Prihatin pada September yang lepas bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Bantuan ini dibuat secara one-off kepada yang layak.

Ianya diberi kepada golongan bujang dan isi rumah dalam kategori B40 dan M40. Kadar bayaran dan tempoh penerimaan adalah seperti di dalam gambar rajah dibawah

bpn 2.0

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Untuk fasa pertama, pembayaran telah dibuat pada akhir Oktober tahun 2020 yang lepas dan seperti yang dijadualkan fasa kedua akan dibuat akhir Januari 2021. Dalam pada itu juga, permohonan baru telah dibuka pada Oktober dan golongan ini juga bakal menerima terus secara one-off mulai 21 Januari 2021.

BACACara Semak Status Dan Buat Permohonan Baru BPN 2.0

Semakan Permohonan Baru/Rayuan

Permohonan/rayuan yang lalu, boleh mula buat semakan kelulusan mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu di bpn.hasil.gov.my

Seperti yang dilaporkan melalui kenyataan media di facebook Kementerian Kewangan Malaysia, berikut merupakan tarikh yang akan dibuat

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Cara Pembayaran
B40 21 Januari 2021 terus dikreditkan ke dalam akaun bank
M40 25 Januari 2021 terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima tanpa akaun bank 25 Januari 2021 di cawangan BSN
Penerima di Sabah & Sarawak tanpa akaun bank mulai awal bulan Februari - 1 April 2021 lokasi akan diumumkan pada akhir bulan Januari

Semoga kita semua dapat memanfaatkan bantuan ini. Jangan la membazir pula kan...

2/Post a Comment/Comments

  1. ok nanti boleh semak. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat penerima. Berhemah ketika berbelanja ya. :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post