Pelajar UMP! Ikuti Cara Ini Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Ikuti cara ini untuk anda dapatkan akses Microsoft 365 secara percuma. Tutorial ini khusus kepada pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) sahaja.

Inilah antara kelebihan pelajar universiti apabila anda akan diberi akses percuma kepada produk Microsoft iaitu Office 365 for Education yang sebelum ini digelar Microsoft Live@edu. 

Dengan produk ini, anda boleh gunakan Microsoft Word, Outlook, Powerpoint, Excel, OneNote, OneDrive (cloud storage) secara percuma. Rasanya tawaran ini bukan sahaja diberi kepada pelajar UMP tetapi seluruh Universiti Awam di Malaysia. Tetapi langkah aktifkan penggunaan mungkin berbeza.

Saya merupakan alumni UMP 2017 dan sehingga kini saya masih lagi boleh menggunakan office 365 secara percuma di laptop peribadi. Saya telah aktifkan emel tersebut, mungkin sekitar tahun 2014 atau 2015. Sehingga 2021 ini, ianya masih boleh digunakan. Saya tak tahu adakah ianya percuma seumur hidup atau ada waktu tarikh tamat tempoh.

BACA : Logo PIMPIN UMP berwajah baru

Jadi kepada pelajar khususnya student UMP, jangan lupa untuk dapatkan email student anda dan aktifkan Office 365 ini. Barulah anda boleh gunakan microsoft office, excel dan powerpoint secara sah, halal dan pastinya ianya original untuk siapakan assignment anda tu. Kalau boleh elakkan produk pirate, barulah berkat ilmu kan. 

Cara Aktifkan Student Emel Untuk Dapatkan Akses Microsoft Office 365 Secara Percuma

Untuk pelajar baru ambilan Oktober 2020, anda hanya boleh mengaktifkan emel anda bermula 21 Oktober 2020. Pelajar lama, boleh terus aktifkan emel anda tersebut sekarang

Microsoft 365 : Pengaktifan Akaun

Langkah 1

Pergi ke pautan www.office365.com untuk Log In akaun anda. Kemudian klik ikon kecil di atas untuk Sign In.

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Langkah 2

Pada bahagian Sign In masukkan alamant emel dan password.

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Alamat emel : matricnumber@student.ump.edu.my ; contoh: MA20201@student.ump.edu.my

Password : Untuk pertama kali login, password adalah Ump@ dan nombor kad pengenalan atau passport anda ; contoh: Ump@800601064455 (nombor IC) atau Ump@A0123456 (nombor passport)

*Bagi pelajar bernombor KP bermula dengan 0, sebagai contoh : 020101035573 maka katalaluan anda ialah Ump@20101035573 (nombor 0 yang pertama tersebut tidak diambil kira)

Kemudian anda akan diarahkan untuk menukar password. Jika sudah siap klik "Sign In"

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Langkah 3

Tetapkan Recover Option

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Option 1 : Authentication Phone is not configured. Klik pada "Set it up now". Kemudian masukkan nombor telefon dan klik "text me" atau "call me".

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Option 2 : Authentication Email is not configured. Klik pada  "Set it up now". Masukkan alamat emel yang lain dan aktif dan klik "email me"

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Masukkan kod verifikasi yang diberi pada kedua-dua option tersebut dan klik "Verify"

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Now Finish! Anda kini sudah berjaya untuk masuk ke halaman Microsof

Langkah 4

Akhir sekali anda hanya perlu download dan install Office 365 untuk digunakan di komputer atau laptop anda. Anda hanya perlu klik pada "Install Office" dan tunggu sehingga selesai.

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Anda install seperti biasa sehingga selesai kesemua aplikasi siap dipasang.

Langkah 5

Kemudian anda buka mana-mana office (contoh Word) dan klik pada "account". Kemudian anda Sign In menggunakan Student Emel anda yang telah anda tetapkan sebentar tadi. 

Cara Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Kini anda boleh guna semua produk Office 365 secara percuma! Untuk maklumat lanjut, boleh layari umplive.ump.edu.my/

Jika masih terdapat masalah mohon hubungi ICT Helpdesk : 09-5492177 (Gambang), 09-4246464 (Pekan) atau mengisi aduan menggunakan ICT Customer Careline System (ICCS) dalam Ecomm.

2/Post a Comment/Comments

  1. mana nak dapat student email tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau student UMP, boleh tanya JHEPA. Rasanya kalau universiti lain pun, boleh tanya bahagian Hal Ehwal Pelajar jgak. Dieorang tahu

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post