PKP 2.0: Pahang Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Fardhu Di Masjid Dan Surau

PKP 2.0: Pahang Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Fardhu Di Masjid Dan Surau

Hari ini pihak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan SOP bagi pelaksanaan aktiviti masjid dan surau iaitu bagi solat Jumaat dan solat Fardhu secara berjemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Prosedur Operasi Standard (SOP) ini terpakai bagi seluruh masjid dan surau di dalam negeri Pahang Darul Makmur sepanjang PKP 2.0 bermula 22 Januari sehingga 4 Februari 2021.

SOP Solat Jumaat

  1. Jemaah dibenarkan hadir solat Jumaat berdasarkan kapasiti ruang solat yang disediakan oleh pihak Masjid
  2. Jumaah yang tidak dibenarkan hadir adalah seperti berikut:
    1. Mereka yang bergejala
    2. Kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
  3. Kehadiran adalah terbuka (walk in) seperti biasa tetapi wajib mengimbas suhu badan dan perlu imbas Kod QR MySejahtera dan Moveon (PhgGo) yang disediakan
  4. Jemaah wajib membawa sejadah sendiri bersaiz besar dan memakai face mask dengan sempurna sepanjang berada di masjid termasuk ketika mendirikan solat
  5. Iman hendaklah membaca surah yang ringkas di dalam solat, memendekkan bacaan wirid dan doa selepas solat
  6. Jemaat hendaklah masuk dan keluar dari masjid dalam keadaan teratur
  7. Bagi yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat, wajib diganti dengan solat zohor

BACA : Alhamdulillah Dapat Juga Solat Jumaat Sejak PKP Diumumkan Pada 18 Mac Yang Lepas

SOP Jemaah Solat Fardhu

  1. Jemaah yang tidak dibenarkan hadir adalah seperti berikut:
    1. Mereka yang bergejala
    2. Kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
  2. Jemaah wajib membawa sejadah sendiri bersaiz besar dan memakai face mask dengan sempurna sepanjang berada di masjid termasuk ketika mendirikan solat
  3. Kehadiran adalah terbuka (walk in) seperti biasa tetapi wajib mengimbas suhu badan dan perlu imbas Kod QR MySejahtera dan Moveon (PhgGo) yang disediakan
  4. Jemaah dilaran berganjak atau berubah tempat duduk semasa melaksanakan amalan sunat selepas waktu solat fardhu Maghrib dan Isyak

PKP 2.0: Pahang Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Fardhu Di Masjid Dan Surau

Aktiviti Pengajian Ilmu

  1. Aktiviti pengajian ilmu hanya dibenarkan di masjid sahaja selepas solat Subuh dan antara waktu Maghrib dan Isyak sahaja
  2. Jemaah dilaran berganjak atau berubah tempat duduk semasa mengikuti pengjian ilmu
  3. Jamuan selepas aktiviti pengajian ilmu tidak dibenarkan
  4. Penceramah dari luar Negeri Pahang tidak dibenarkan

Alhamdulillah, walaupun PKP akan dilaksanakan di Pahang bermula 22 Januari ini, tetapi penduduk disini masih lagi dapat melakukan amalan solat jemaah di masjid. Mungkin dengan asbab ini, pandemik COVID-19 akan terus hilang dari bumi Malaysia dan dunia ini.

BACA : PKP 2.0: Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja


sumber : JAIP

1/Post a Comment/Comments

  1. alhamdulillah, semoga musibah ini akan mendekatkan kita semua kepada Allah swt

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post