Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka
Untuk pengetahuan umum, permohonan baru dan kemaskini maklumat bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kini telah dibuka bermula 15 Januari 2021.
Jika mereka berevolusi lagi, bermula dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), kemudian di tukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan kini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021). Tetapi matlamatnya sama iaitu bayaran wang tunai kepada rakyat Malaysia yang layak.
BACA : Pembayaran Fasa Pertama Serta Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
Pengenalan BPR 2021 ini telah diumumkan pada Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan sebelum ini. Beliau menjanjikan BPR kenaikan bantuan dan pastinya lebih baik. Paling best kali ini, ada bantuan untuk orang bujan bermula umur 21 tahun tau.
▸ Kategori Dan Nilai Bantuan
Seperti yang dimaklumkan BPR 2021 diberi kepada 2 kategori iaitu golongan isi rumah dan juga golongan bujang:
Golongan Isi Rumah
Kategori Bantuan | Nilai Bantuan, RM (anak 1 atau kurang) |
Nilai Bantuan, RM (Anak 2 atau lebih) |
---|---|---|
RM2,500 dan ke bawah | 1,200 | 1,800 |
RM2,501 - RM4,000 | 800 | 1,200 |
RM4,001 - RM5,000 | 500 | 750 |
Golongan Bujang
Pendapatan Kasar Bulanan | Nilai bantuan, RM |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah | 350 |
▸ Jadual Pembayaran BPR 2021
Pembayaran melibatkan 2 Fasa bagi golongan isi rumah dan one-off kepada golongan bujang:
- Fasa 1 - April/Mei 2021
- Fasa 2 - September/Oktober 2021
- One-Off kepada golongan bujang
*tertakluk kepada perubahan
▸ Syarat Kelayakan Permohon BPR 2021
Cara Permohonan Baru Dan Kemaskini Maklumat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) untuk permohonan baru dan kemaskini bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan)
*Maklumat penting
Pemohon yang perlu membuat permohonan baru adalah mereka yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Manakala, pemohon yang perlu membuat kemas kini (jika perlu) adalah mereka yang telah lulus BSH 2020 atau BPN 2.0.
1. Permohonan Baru
Bagi permohonan baru, terdapat 2 cara untuk anda mula memohon iaitu:
i. Permohonan secara online
- Permohonan melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my
- Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat di telefon (Play Store | App Store)
ii. Permohonan melalui borang
- Dapatkan borang permohonan BPR 2021 (BK-01) secara percuma di Portal Rasmi BPR LHDNM atau
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi bandar (UTC) LHDNM
Dokumen Yang Diperlukan
i. Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Hantar Borang Permohonan
Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan baru, anda boleh klik sini
2. Kemaskini Permohonan
Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu buat kemaskini. Sekiranya maklumat tidak wujud, anda boleh buat permohanan baru seperti diatas. Anda boleh semak maklumat sedia ada di bpr.hasil.gov.my
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), anda boleh layari portal rasmi di www.bpr.hasil.gov.my, emel : bpr@treasury.gov.my atau talian hotline :
BPR MOF
03 - 8882 4565/4566
BPR LHDNM
1-800-88-2747
5 comments for "Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka"