Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani PKP Bermula 21 Januari Ini

Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani PKP Bermula 21 Januari Ini

Ini membuktikan melawan pandemik masih belum selesai. Manakan tidak, PKP akan dilaksanakan di Pahang dan 5 buah negeri lagi bermula jumaat, 21 Januari ini.

Keputusan ini dibuat berikutan kes jangkitan COVID-19 menunjukkan trend peningkatan di beberapa buah negeri termasuk Pahang. Oleh itu, Kerajaan bersetuju dengan pandangan MKN dan KKM untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri lagi.

Di Pahang sahaja, setakat 20 Januari 2021, dilaporkan terdapat 595 kes aktif dengan menjadikan jumlah kes sebanyak 2370. Sudah 3 daerah berada di bawah zon merah iaitu Kuantan, Bentong dan Temerloh.

Antara Negeri Yang Terlibat PKP 2.0

Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani PKP Bermula 21 Januari Ini

Melalui pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri pada selesa lepas, 5 negeri lagi yang akan menjalani PKP iaitu Pahang, Perlis, Perak, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan bermula 21 Januari hingga 4 Februari 2021. Sebelum ini, negeri-negeri ini dibawah arahan PKPB bermula 13 Januari yang lepas.

Ini menjadikan seluruh negara akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) kecuali negeri Sarawak yang masih dibawah arahan PKPP.

BACA : PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

Oleh itu, negeri-negeri ini, kini perlu patuhi segala SOP dibawah arahan PKP yang antaranya adalah tidak dibenarkan rentas negeri dan juga rentas daerah. Selain itu, hanya dibenarkan bergerak dalam lingkungan 10 km radius dari kediaman dan memerlukan surat kebenaran rentas daerah/negeri untuk mulakan pergerakan yang lebih jauh.

Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani PKP Bermula 21 Januari Ini

1/Post a Comment/Comments

  1. harap pkp seluruh negara termasuk sarawak, virus dh bertaburan..kita nk hidup normal kembali

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post