Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj Tambahan)

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj)

Berita baik kepada pendeposit Tabung Haji (TH). Kini anda boleh masukkan duit atau deposit duit ke akaun Tabung Haji menggunakan JomPay. Salah satu caranya adalah menggunakan Maybank2U secara online.

JomPay adalah satu cara untuk anda buat bayaran secara online melalui mana-mana perbankan Islam. Boleh bayar bil, beli topup telefon dan kini sudah boleh deposit duit ke Tabung Haji pula. Lagi banyak cara yang disediakan.

Sebelum ini, mungkin kita berbelah bahagi untuk pindahkan wang dari akaun bank ke Tabung Haji secara online disebabkan caj yang dikenakan sebanyak RM1. Jadi terpaksa la transfer duit secara manual melalui mesin ATM yang pasti tanpa caj. 

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj Tambahan)

Tapi dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak TH melalui akaun facebook hari ini. Kini anda sudah boleh deposit wang ke akaun Tabung Haji menggunakan JomPay dan bestnya, tiada caj dikenakan. Jadi kali ini, saya tunjukkan cara guna JomPay melalui Maybank2U. Mudah, cepat, pantas dan tiada caj!

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Guna JomPay Melalui Maybank2U

Sebelum menggunakan JomPay ni, pastikan anda dah ada akaun perbankan online Maybank2U dan juga mempunyai nombor akaun Tabung Haji (15-digit).

BACA


Langkah 1:

Log In akaun Maybank2U anda disini www.maybank2u.com.my

Langkah 2:

Pergi pada bahagian "Pay & Transfer" dan pada bahagian Pay To - pilih "JomPay"

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj Tambahan)

Langkah 3:

Kemudian masukkan "Biller Code - 60228" dan tekan Enter. Kemudian masukkan "nombor akaun TH anda (15-digit)" pada bahagian Ref-1 beserta jumlah wang yang anda ingin deposit dan klik Pay. Tiada had nilai.

Biller Code - 60228
Ref-1 - Nombor Akaun TH (15 digit)
Biller Name – Tabung Haji - Deposit

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj Tambahan)

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj Tambahan)

Langkah 4:

Akhir sekali akan dipaparkan biller name iaitu Tabung Haji - Deposit. Jika betul, teruskan buat bayaran seperti biasa dengan mohon TAC dan klik Confirm. Selesai!

Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Di Maybank2U (Tanpa Caj Tambahan)

Jika lihat daripada sejarah bayaran, tiada caj tambahan dikenakan. Anda transfer RM100, anda bayar RM100 dan seterusnya. Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal Tabung Haji, tabunghaji.gov.my/jompay

Harap membantu...

8/Post a Comment/Comments

  1. Alhamdulillah
    Semakin mudah berurusan dengan Tabung Haji dllnya

    ReplyDelete
  2. saya selalu guna maybank2u jer... kene la caj rm1

    ReplyDelete
  3. Baru tahu boleh guna jompay rupanya...boleh la buat selepas ni. Tak perlu dah bayar extra sehinggit. Tq for info.

    ReplyDelete
  4. biasa ambil berapa lama ye transaksi dari jompay ke tabung haji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari je. hari esok dia keluar dalam statement

      Delete
    2. Okay2 , risau dh td sebab xupdate dlm balance tabung haji..

      Delete
  5. Excuse me, I have a few questions regarding JOMPay. I hope you can help me with my questions.

    1. How long does a transaction take when we transfer our money to our Tabung Haji account from our Maybank account via JOMPay?

    2. If I transfer the money to my Tabung Haji via JOMPAY on Public Holiday, when will it reflect on my account? And does public holiday affect the transaction process?

    3. Let's say I transfer some huge amount to my Tabung Haji account, but then the amount are not reflected in my account after few days. What should I do? Is there any customer service I can contact regarding this issue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. One day
      2. 1 day working day
      3. Phone : +603 - 6207 1919
      Fax : +603 - 7728 4959
      E-mail : th-info@lth.gov.my

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post