IKEA Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Anda Dengan Hanya RM10 Sahaja

promosi penghantaran barangan IKEA serendah rm10 sahaja

Sebab saya nampak tawaran penghantaran RM10 sahaja daripada IKEA ni, jadi saya sempat la beli beberapa barang yang kebetulannya keperluan untuk kegunaan di rumah.

Sekarang musim pandemik COVID-19 dan ditambah lagi had pergerakan melalui arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kita rentas daerah apa untuk merentas negeri tanpa sebab penting.

Jadi dari Pahang untuk ke IKEA, sudah pastinya tidak dibenarkan, lagi-lagi bertujuan hanya untuk shopping beli keperluan rumah. Jadi tidak boleh tidak, kalau nak beli juga barangan IKEA kena dibeli secara online.

BACAAku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri

Untuk pengetahuan, IKEA juga menjual barangan mereka secara online dan pastinya dengan tambahan caj penghantaran. Jika hari biasa tanpa promosi, IKEA menyediakan 2 jenis penghantaran iaitu melalui syarikat courier dan juga truck IKEA sendiri dengan harga masing-masing RM25 dan RM163.

Promosi Penghantaran Barangan IKEA Serendah RM10

Promosi penghantaran serendah RM10 ini telah bermula pada 21 Januari 2021 yang lepas dan tidak diberitahu sehingga bila ianya berjalan. Walaubagaimanapun, harga ini hanya terhad untuk penghantaran seluruh semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Penghantaran ini bukanlah menggunakan truck IKEA atau personal shopper tetapi dari pengalaman ianya dihantar melalui syarikat Pos Laju. Jadi pastinya ada syarat-syarat barangan yang boleh dihantar oleh courier, takkan nak hantar set sofa kan.

promosi penghantaran barangan IKEA serendah rm10 sahaja

Syarat : Barang tidak lebih 24 kg, volume sebesar 84 liter dengan panjang maksimum bagi setiap barangan adalah 1.6 meter sahaja. Jika lebih daripada itu, hanya pilihan truck IKEA sahaja disediakan. Jadi anda perlu bayar lebih. Jika kurang daripada itu, boleh dapat harga promosi RM10.

Barang IKEA Yang Dibeli

Sekarang semua orang tengah Work From Home dan kebetulan, saya baru sahaja beli Dekstop AIO baru untuk kegunaan dirumah. Jadi ianya memerlukan meja yang besar dan sebuah kerusi office yang selesa untuk duduk dalam jangka masa yang lama.

Kebetulan masa tu, nak buka website IKEA tengok harga meja dan masa itu jugalah ternampak promosi penghantaran RM10 ni. Memang tak berfikir panjang, terus cari 2 item tersebut iaitu meja dan kerusi pejabat melalui website IKEA www.ikea.com.

promosi penghantaran barangan IKEA serendah rm10 sahaja

2 item yang telah saya beli iaitu Linnmon/Adils (RM169) dan Renberget (RM189). Saiz meja adalah 150x75 besera 4 batang kaki dengan warna kelabu/putih dan sebuah kerusi pejabat berwarna hitam. Untuk proses penghantaran ianya mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja. Masa saya beli, ianya hanya ambil masa 3 hari sahaja untuk sampai ke Pahang. 

Jadi rasanya, kalau ada barang keperluan daripada IKEA, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda beli. Barang penting je la keh. Selain itu untuk tips, kalau tak berjaya dapatkan RM10 tersebut, mungkin buat pesanan berbeza-beza. Jika tidak, anda perlu bayar postage sehingga RM163 tau. 

5/Post a Comment/Comments

  1. Promosi menarik tapi limit berat dan saiz pula terbantut. Dah lama duk usha almari buku dari IKEA hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dia ada limit. Kalau tidak, pos mahal la sikit hehe

      Delete
  2. Wah murah la delivery kali ni, biasanya delivery barang kecik-kecik pun berpuluh ringgit jugak tak silap.

    ReplyDelete
  3. Masalahnya kebanyakan barangan IKEA besar dan berat

    ReplyDelete
  4. beli pasu kat ikea then minta hantar ke rumah... hahaha

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post