Nak Hantar Parcel Guna J&T Express? Ini Cara Guna Smart Order Untuk Proses Lebih Pantas

Nak Hantar Parcel Guna J&T Express? Ini Cara Guna Smart Order Untuk Proses Lebih Pantas

Untuk pengetahuan, J&T Express sekarang telah menggunakan sistem smart order untuk penghantaran parcel. Ini bermakna, anda tidak lagi perlu sebut alamat penerima satu-satu di kaunter. Cara ini adalah lebih pantas dan pastinya jimat masa.

Ini bermakna, anda perlu masukkan butiran lengkap alamat penerima dan juga pengirim secara online melalui system smart order terlebih dulu sebelum ke kauntern J&T Express untuk proses bayaran dan drop barang anda. Anda boleh buat dirumah sahaja atau dimana-mana sahaja.

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menggunakan Smar Order J&T Express ni antaranya melalui website, facebook, wechat dan juga aplikasi. Tetapi untuk tutorial kali ini, saya tunjukkan cara menggunakan aplikasi sahaja dan bagi saya ianya lebih mudah untuk dilakukan. Ikut sahaja arahan yang ditetapkan dan anda juga boleh tahu status penghantaran barang anda tersebut, juga melalui aplikasi tersebut.

Cara Guna Smart Order J&T Express

Terlebih dahulu download aplikasi J&T Express di Play Store atau App Store. Kemudian barulah ikuti langkah-langkah dibawah

BACACara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri Tanpa Menggunakan Pos Laju Atau J&T

Langkah 1)  Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang "Sign Up". Jangan lupa masukkan referral code "eeuphc2ww" nanti

Cara Guna Smart Order J&T Express
aplikasi J&T Express

Langkah 2)  Masukkan nombor telefon anda dan kemudian tetapkan username beserta password. Pastikan anda simpan dan ingat tetapan yang anda buat tersebut. Klik pada butang "Get Code" untuk dapatkan kod verifikasi yang akan dihantar ke telefon anda. Jika sudah selesai, klik butang "Next"

Cara Guna Smart Order J&T Express

Settle untuk proses pendaftaran. Semudah ABC!

Jadi anda sudah boleh mula buat pesanan dan penghantaran menggunakan Smart Order J&T Express.

Langkah 3)  Pada bahagian halaman utama aplikasi tersebut, anda klik "Single Order" jika anda ingin hantar 1 pesanan sahaja. Kalau nak lebih, boleh klik pada Bulk Orders

Cara Guna Smart Order J&T Express

Langkah 4)  Pada bahagian pertama, anda perlu masukkan maklumat Sender (Penghantar) iaitu anda. Masukkan butiran Nama, nombor telefon beserta alamat rumah. Dah selesai, klik "Next"

Cara Guna Smart Order J&T Express

Langkah 5)  Seterusnya masukkan maklumat Recipient (Penerima). Seperti biasa, masukkan butiran nama, nombor telefon dan alamat kediaman dan klik "Next"

Cara Guna Smart Order J&T Express

Langkah 6)  Langkah seterusnya adalah pada bahagian Item iaitu barang yang anda ingin poskan. Anda pilih Drop Off, masukkan maklumat barang anda (pada bahagian desciption), insurance jika mahu dan tetapkan berat parcel anda tersebut. Dah puas hati, klik "Next"

Cara Guna Smart Order J&T Express

Langkah 7)  Akan dipaparkan Order Detail dimana segala maklumat akan dipaparkan seperti yang anda key-in sebentar tadi termasuk harga parcel yang anda perlu bayar di kaunter J&T nanti iaitu berdasarkan berat barang.

Disini juga, akan diberikan kod bar beserta kod QR. Kod inilah yang anda perlu tunjukkan pada staff di kaunter J&T ketika ingin drop barang anda tersebut.

Cara Guna Smart Order J&T Express

Datang kaunter, mereka akan scan kod QR tersebut dan anda bayar sahaja. Segala maklumat dah ada tadi. Selesai!

Ketahui Status Delivery

Melalui aplikasi J&T Express ini juga, anda boleh tahu status barang anda sudah berjaya delivery atau belum. Disini juga akan diberi no tracking. Klik pada tab Status dan akan dipaparkan maklumat Sent dan To Receive. Mudah sahaja.

Cara Guna Smart Order J&T Express

Harap perkongsian cara guna Smart Order J&T Express ini bermanfaat...

5/Post a Comment/Comments

  1. Salam ,dekat parcel xperlu tulis alamat receiver dgn sender ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita guna smart order ni, nanti masa di kaunter jnt dieorang akan printkan alamat yang kita tulis then terus lekat pada parcel. Kita takyah tulis dah

      Delete
  2. Untuk yg xde beg parcel boleh mintak dkt j&t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang bagi tahu saya, dia jual 50 sen rasanya beg parcel tu.

      Delete
  3. Untuk yg xde beg parcel, boleh mintak dekat diorang ke ??

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post