Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2024

Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2021

Dah setahun tak singgah di Bazar Ramadan kan? Dah rindu dengan murtabak, air katira dan tepung pelita? Jadi disini, saya senaraikan lokasi Bazar Ramadan yang ada di seluruh negeri Pahang untuk tahun 2024.

Antara kebiasaan yang berlaku ketika Ramadan di Malaysia adalah dengan adanya bazar ramadan. Tetapi disebabkan COVID-19 melanda negara bermula tahun 2020, ianya tidak dibenarkan beroperasi bagi mengelakkan panularan wabak tersebut kerana adanya perhimpunana ramai orang. Sebaliknya hanya diadakan Bazar Ramadan Online yang mana boleh buat pesanan secara atas talian dan akan dihantar terus ke rumah

Jadi untuk tahun 2024, selepas melihat trend penurunan jangkitan virus itu dari hari ke hari, Kerajaan bersetuju untuk membenarkan Bazar Ramadan dan Bazar AidilFitri untuk tahun 2024 beroperasi semula.

Tetapi ianya mestilah dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Antaranya adalah waktu operasi bazar bermula 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar aidilfitri adalah bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Senarai Penuh Lokasi Bazar Ramadan Di Negeri Pahang Untuk Tahun 2024

Lokasi Bazar Ramadan ini merangkumi 11 daerah di seluruh negeri Pahang yang diuruskan dibawah Pihak Berkuasa Tempatan sahaja (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya setiap daerah) ; MPT, MBK, MPB dan sebagainya. 

BACA : Senarai Bazar Ramadan Sekitar Kuantan Bagi Tahun 2019

Untuk anjuran lain (FAMA dan sebagainya), akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada

Daerah Lokasi
Bentong - Dataran Bentong
- Medan Selera Kg. Baru
- Dataran Karak
Bera - Triang (Terminal Bas Triang)
- Bandar Bera (Laman Kerayong)
- Kemayan (Sentral Kemayan)
- Simpang Kepayang (Hadapan Kedai PKNP)
- Bandar 32 Bera (Kawasan Perniagaan Tementi)
Cameron Highland - Tanah Rata (Tempat Letak Kereta, bawah pejabat MDCH)
- Brinchang (Tempat Letak Kereta Brinchang)
Jerantut TBA
Kuantan - Tapak Mahkota Square (Tempat Letak Kereta)
- Tapak Parkir Kantin Rahimah (Stadium)
- Tapak Taman Tas
- Tapak Jaya Gading
Lipis - Dataran Orang Kaya Haji
- RNR Benta
- Tapak Pekan Sehari Padang Tengku
Maran - Maran (Tempat letak kereta Anjung Selera Taman Tasik Maran)
- Bandar Tun Abdul Razak Jengka (Jalan Intan & Jalan Delima)
- Pekan Awah
- Pekan Tajau
- Chenor (Dataran Pahlawan)
- Sri Jaya
Pekan TBA
Raub Sekitar Bangunan LKNP, Raub
Rompin - Bandar Baru Rompin
- Bandar Lama Rompin
- Tanjung Gemok Rompin
Temerloh - Lurah Semantan
- Taman Temerloh Jaya
- Bukit Desa Semantan
- Lanchang
- Kuala Krau

Jika ada penambahan lokasi lain, boleh tinggalkan diruangan komen dibawah. Akan dikemaskini kemudian

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post