IKEA Ada Jual Merchandise Limited Edition Seperti Hoodies, T-Shirt, Botol Air Dan Banyak Lagi

IKEA Ada Jual Merchandise Limited Edition Seperti Hoodies, T-Shirt, Botol Air Dan Banyak Lagi

IKEA hari ini (4 Mac) secara rasmi menjual barangan merchandise limited edition seperti hoodies, t-shirt, botol air, bag dan banyak lagi. Anda jika berminat, boleh datang di mana-mana gudang IKEA untuk membelinya.

Kita biasa dengar IKEA ni jual barangan perabot rumah sahaja, tapi tak pernah lagi dengar IKEA jual pakaian kan. Kali ini mereka keluarkan jenama sendiri dengan design ikonik mereka yang tersendiri. Apabila bar kod dan logo IKEA diletakkan pada barangan merchandise yang yang diberi nama EFTERTRÄDA Limited collection.

Barangan Koleksi Merchandise Daripada IKEA

Jadi menurut laman web IKEA, antara koleksi yang anda boleh dapatkan adalah Hoodies, T-Shirt, Tuala Mandi, Botol Air, Key Ring dan Face Mask (limited). Sudah tentunya, barangan ini anda tidak boleh jumpa atau beli dimana-mana kedai.

BACA : IKEA Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Anda Dengan Hanya RM10 Sahaja

Jika berminat, anda boleh mula dapatkan koleksi limited EFTERTRÄDA ini bermula 4 Mac 2021 di semua gudang IKEA seluruh Malaysia dengan pembelian had 2 item sahaja bagi setiap koleksi. Jika tak sempat datang, boleh buat tempahan secara online di portal IKEA bermula 11 Mac 2021. First come, first serve.

IKEA Ada Jual Merchandise Limited Edition Seperti Hoodies, T-Shirt, Botol Air Dan Banyak Lagi

IKEA Ada Jual Merchandise Limited Edition Seperti Hoodies, T-Shirt, Botol Air Dan Banyak Lagi

Untuk saiz kanak-kanak, ianya akan keluar pada bulan April nanti. Jadi boleh dapatkan untuk anak-anak anda juga. 

Nampaknya lepas ni, boleh nampaklah barang IKEA bergerak pula bila orang ramai pakai t-shirt atau hoodies apabila berada di luar. Design simple dan minimalist.

Harga Koleksi Limited Edition EFTERTRÄDA

Untuk harga pula adalah seperti berikut :

  • Hoodies (Saiz S/M/L/XL) - RM79.00
  • T-Shirt (Saiz S/M/L/XL) - RM39.90
  • Tote Bag - RM24.90
  • Bath Towel (Kuning / Putih) - RM39.90
  • Water Bottle (Kuning / Putih) - RM9.90
  • Key Ring (Heart / Horse)- RM5.90

1/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post