Masjid Temerloh Jaya Dinobatkan Sebagai Masjid Terbaik Pengimarahan Solat Dalam Anugerah Masjid Malaysia 2021

Masjid Temerloh Jaya Dinobatkan Sebagai Masjid Terbaik Pengimarahan Solat Dalam Anugerah Masjid Malaysia 2021

Tahniah Masjid Temerloh Jaya (MTJ), Temerloh Pahang apabila dinobatkan sebagai masjid terbaik dalam Pengimarahan Solat bagi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021. 

Jumaat yang lepas (12 Mac 2021) telah berlangsung Anugerah Masjid Malaysia (AMM) tahun 2021 yang disiarkan secara live di TV Alhijrah dan juga Facebook AlHijrah juga. Dalam anugerah tersebut terdapat beberapa 3 kategori utama iaitu Anugerah Perdana SPMM (Standard Penarafan Masjid Malaysia), Anugerah Terbaik SPMM dan Anugerah SPMM. 

Jadi untuk pemenang keseluruhan bagi AMM 2021 untuk Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia telah dimenangi oleh Masjid Sharifah Fatimah, Jitra Kedah. Masjid tersebut telah membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi dan sijil pernyertaan.

Masjid Sharifah Fatimah Kedah Anugerah Masjid Malaysia 2021

Masjid tersebut terbaik dari semua aspek yang juga pernah terkenal dengan program dakwah berimpak besar iaitu 'Islam For All' sebelum ini sekali gus mendorong para juri JAKIM memilih masjid ini menerima anugerah perdana ini. Tahniah!

Masjid Sharifah Fatimah Kedah Anugerah Masjid Malaysia 2021

Pastinya dengan kemengan ini akan memberikan semangat dan rujukan kepada masjid-masjid lain untuk lebih mengimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang pasti utamanya adalah solat jemaah di dalamnya.

Kemenangan bagi semua kategori ini pastinya datang dari pelbagai pihak, yang buka sahaja daripada peringkat AJK dan pegawai masjid semata-mata. Qariah dan ahli jemaah lah yang paling berperanan bagi merialisasika segala agenda yang ingin digerakkan oleh pihak masjid. Yes, anda!

Pemenang Bagi Kategori Anugerah Terbaik SPMM

masjid temerloh jaya 2021

Aku sebagai ahli qariah Masjid Temerloh Jaya (MTJ) turut berbangga kerana masjid yang kita sendiri imarahkan dengan menghadirkan diri solat jemaah menjadi asbab bagi memenangi bagi kategori Pengimarahan Solat dan sekali gus telah membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta sijil penyertaan.

Bagi Anugerah Terbaik SPMM, terdapat 14 kategori yang berlainan dan setiap masjid akan dipilih bagi setiap kategori tersebut.

BACA : Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

MTJ sebelum ini pernah digelar masjid viral apabila dikatakan jumlah jemaah subuhnya hampir sama dengan jemaah solat Jumaat. Nak tahu betul ke tidak, anda sendiri boleh datang ke sini. Tapi PKPP ni tak boleh la lagi rentas negeri.

Untuk pengetahuan, bagi peringkat akhir ini, setiap negeri disertai oleh 2 buah masjid. Di Pahang, selain daripada MTJ, Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin, Pahang juga turut tercalon dan memenangi bagi Anugerah SPMM dan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil penyertaan.

Senarai Penuh Pemenenag Bagi Anugerah Terbaik SPMM

Anugerah Pengurusan Dinamik
Masjid Saidina Abu Bakar, Wilayah Persekutuan

Anugerah Masjid Berkebajikan
Masjid Kota Damansara, Selangor

Anugerah Landskap Komersial
Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak

Anugerah Mesra Komuniti
Masjid As-Sobirin, Perlis

Anugerah Pengurusan Bestari
Masjid Sharifah Fatimah, Kedah

Anugerah Pengimarahan Kreatif
Masjid Dato’ Kelana Petra, Negeri Sembilan dan Masjid Abdullah Fahim, Pulau Pinang

Anugerah Kelestarian Komuniti
Masjid Ar-Rahmah, Melaka

Anugerah Pengimarahan Berimpak
Masjid Al-Jawahir, Johor

Anugerah Masjid Malaysia 2021

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post