Cara Check Scammer Online (Menggunakan Nombor Telefon Dan Akaun Bank)

Cara Check Scammer Online (Menggunakan Nombor Telefon Dan Akaun Bank)

Scammer sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan lagi-lagi melalui platform online ini. Jadi kita sebagai pengguna berhati-hatilah sentiasa. Semak atau check terlebih dahulu dengan siapa anda berurusan sama ada menggunakan nombor telefon atau nombor akaun bank mereka.

Zaman dahulu berbeza dengan zaman teknologi tahun 2021 sekarang. Penipuan boleh berlaku sekelip mata walaupun anda tidak berjumpa dengan si kaki penipu tersebut. Identiti juga boleh dirahsiakan bila adanya internet. 

Tetapi dengan teknologi juga tidak memberikan ruang kepada scammer diluar sana untuk senang-senang menipu pelanggan mereka. Kita juga boleh buat siasatan awal sebelum transaksi wang dilakukan kepada pihak ketiga. Pihak PDRM sendiri juga telah mengeluarkan platform tersebut supaya anda semak terlebih dahulu sebelum berurusan dengan 'mereka'.

BACA : Adakah Mereka Scammer? Semak Dahulu No Akaun Bank Tersebut Disini

Semak Scammer Secara online Melalui Portal Khas Daripada PDRM

Portal khas ini telah dibangungkan oleh pihak PDRM dibawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang membolehkan orang ramai untuk buat semakan scammer secara online atau apa-apa bentuk penipuan.

Secara asasnya, semakan boleh dibuat dalam 2 cara iaitu melalui :

  • Nombor telefon scammer tersebut ATAU
  • Nombor akaun bank scammer

Kedua-dua cara ini, anda boleh semak sama ada menggunakan portal PDRM di ccid.rmp.gov.my/semakmule atau melalui aplikasi Play Store : Check Scammer CCID. Ianya masih menggunakan fungsi yang sama sahaja. Platform sahaja berlainan.

Cara Check Scammer Online

Jadi seperti yang diberitahu sebelum ini, untuk buat semakan, anda perlu dapatkan nombor telefon atau nombor akaun bank mereka terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda masukkan maklumat tersebut di dalam portal khas PDRM ini.

Langkah 1)  Pergi ke portal CCID atau melalui aplikasi

Langkah 2)  Masukkan nombor telefon atau nombor akaun. Masukkan captcha yang tertera

Cara Check Scammer Online

Langkah 3)  Klik pada ''Semak Maklumat"

Cara Check Scammer Online


Untuk Aplikasi

Cara Check Scammer Online aplikasi

Jika hasil maklumat semakan menunjukkan ada report polis dibuat, makan sebaiknya anda jangan teruskan transaksi dengan mereka. Ini kerana, ada mereka yang telah report polis atas nombor telefon dan akaun bank tersebut. 

Jika tiada, itu bukan bermakna masih selamat, tetapi tiada report polis dibuat terhadap butiran tersebut. Selepas itu, terserah kepada anda, jika rasa selamat dan boleh dipercayai, boleh teruskan urusan transaksi dan jika tidak, boleh hentikan.

Harap perkongsian cara check scammer secara online ini bermanfaat kepada anda semua terutamanya yang selalu berurusan secara online ni. 

3/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post