Cara Check Scammer Online (Menggunakan Nombor Telefon Dan Akaun Bank)

Cara Check Scammer Online (Menggunakan Nombor Telefon Dan Akaun Bank)

Scammer sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan lagi-lagi melalui platform online ini. Jadi kita sebagai pengguna berhati-hatilah sentiasa. Semak atau check terlebih dahulu dengan siapa anda berurusan sama ada menggunakan nombor telefon atau nombor akaun bank mereka.

Zaman dahulu berbeza dengan zaman teknologi tahun 2021 sekarang. Penipuan boleh berlaku sekelip mata walaupun anda tidak berjumpa dengan si kaki penipu tersebut. Identiti juga boleh dirahsiakan bila adanya internet. 

Tetapi dengan teknologi juga tidak memberikan ruang kepada scammer diluar sana untuk senang-senang menipu pelanggan mereka. Kita juga boleh buat siasatan awal sebelum transaksi wang dilakukan kepada pihak ketiga. Pihak PDRM sendiri juga telah mengeluarkan platform tersebut supaya anda semak terlebih dahulu sebelum berurusan dengan 'mereka'.

BACA : Adakah Mereka Scammer? Semak Dahulu No Akaun Bank Tersebut Disini

Semak Scammer Secara online Melalui Portal Khas Daripada PDRM

Portal khas ini telah dibangungkan oleh pihak PDRM dibawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang membolehkan orang ramai untuk buat semakan scammer secara online atau apa-apa bentuk penipuan.

Secara asasnya, semakan boleh dibuat dalam 2 cara iaitu melalui :

  • Nombor telefon scammer tersebut ATAU
  • Nombor akaun bank scammer

Kedua-dua cara ini, anda boleh semak sama ada menggunakan portal PDRM di ccid.rmp.gov.my/semakmule atau melalui aplikasi Play Store : Check Scammer CCID. Ianya masih menggunakan fungsi yang sama sahaja. Platform sahaja berlainan.

Cara Check Scammer Online

Jadi seperti yang diberitahu sebelum ini, untuk buat semakan, anda perlu dapatkan nombor telefon atau nombor akaun bank mereka terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda masukkan maklumat tersebut di dalam portal khas PDRM ini.

Langkah 1)  Pergi ke portal CCID atau melalui aplikasi

Langkah 2)  Masukkan nombor telefon atau nombor akaun. Masukkan captcha yang tertera

Cara Check Scammer Online

Langkah 3)  Klik pada ''Semak Maklumat"

Cara Check Scammer Online


Untuk Aplikasi

Cara Check Scammer Online aplikasi

Jika hasil maklumat semakan menunjukkan ada report polis dibuat, makan sebaiknya anda jangan teruskan transaksi dengan mereka. Ini kerana, ada mereka yang telah report polis atas nombor telefon dan akaun bank tersebut. 

Jika tiada, itu bukan bermakna masih selamat, tetapi tiada report polis dibuat terhadap butiran tersebut. Selepas itu, terserah kepada anda, jika rasa selamat dan boleh dipercayai, boleh teruskan urusan transaksi dan jika tidak, boleh hentikan.

Harap perkongsian cara check scammer secara online ini bermanfaat kepada anda semua terutamanya yang selalu berurusan secara online ni. 

4/Post a Comment/Comments

  1. Check jangan tak check.. 😎👍🏻

    ReplyDelete
  2. ye..kena ambil tahu. kemudahan dah ada..tinggal nak check je

    ReplyDelete
  3. Semoga di jadikan ikhtibar.....saya pun pernah terkena. Scammer mengiklankan barangan dalam Grup FaceBook Levis Malaysia dan VTG Levis Clothing Malaysia. Menggunakan nama samaran Elan Elaner dalam Facebook dengan nombor telefon 01119100866 dan menggunakan 2 akaun bank iaitu:

    i) Maybank 551623217662 atas nama syarikat Golden Venture Accessories ( No.SSM 201803331937, Owner : Zaharah Binti Dolhadi, Taman Daya J.Bahru)

    II) Public Bank 3203102309 atas nama syarikat Jose Apparel Manufacturer ( No. SSM 201503006456, Owner : Lee Chee Peng , Taman Fadason, K.Lumpur)

    Urusniaga dibuat melalui FB Msg dan Whatsapps, scammer telah berdolak-dalih untuk menghantar barangan selepas pembayaran dibuat di no.akaun di atas. Scammer Elan Elaner juga telah memadam semua iklan-iklannya dalam Grup Facebook di atas setelah pembayaran dibuat termasuk profail identiti dirinya, namun demikian saya sempat membuat printscreen.

    Jalan terbaik adalah telah membuat Laporan polis, perolehan maklumat profail syarikat telah dari mydata SSM dan memfailkan tuntutan di e-Tribunal, KPDNHEP.

    Semakan dalam semak mule JSJK PDRM juga mendapati Golden Venture terlibat dalam fraud (Forex). Semoga dijadikan pengajaran untuk saya dan pencinta barangan vintage yang lain supaya menyemak semukmule sebelum membuat pembayaran…clue byk disini sekiranya ramai yang buat carian ttg no akaun scammer ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post