SOP Aktiviti Di Masjid Dan Surau Di Seluruh Pahang Dilonggarkan Lagi

SOP Aktiviti Di Masjid Dan Surau Di Seluruh Pahang Dilonggarkan Lagi

Ini pastinya berita gembira terutamanya buat rakyat negeri Pahang. Hari ini Kerajaan Negeri mengumumkan lagi kelonggaran berkaitan aktiviti keagamaan di masjid dan surau seluruh negeri Pahang.

Selepas mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah, Kerajaan Negeri bersetuju melonggarkan lagi beberapa perkara berkaitan SOP bagi aktiviti di masjid dan surau termasuk kebenaran pengganjuran kuliah dan majlis ilmu.

Majlis Ilmu Dan Kuliah Diperluaskan Lagi

Jika sebelum ini, hanya kuliah Maghrib dan tazkiran Subuh sahaja dibenarkan, kini bermula hari ini, 19 Mac 2021, ianya diperluaskan meliputi:

SOP Aktiviti Di Masjid Dan Surau Di Seluruh Pahang Dilonggarkan Lagi

  • Kuliah Dhuha
  • Kuliah sebelum solat Jumaat
  • Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Kelas Tafaqquh Fid-din anjuran Yayasan Pahang
  • Bacaan Yaasin dan Tahlil
  • Jamuan selepas kuliah dan majlis ilmu

Kebenaran ini bergantung kepada keadaan semasa situasi penularan wabak pandemik COVID-19. Untuk rekod, Pahang masih berada di dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Mac 2021.

BACA : Pahang Kini Bertukar Status Kepada PKPP Bermula Jumaat, 5 Mac 2021

Kehadiran Majlis Akad Nikah Di Masjid

Bukan itu sahaja, turut juga dibenarkan kehadiran orang ramai pada majlis akad nikah di masjid, dengan berdasarkan ruang yang ditetapkan. Jika sebelum ini, kehadiran hanya terhad kepada 20 orang sahaja.

SOP Aktiviti Di Masjid Dan Surau Di Seluruh Pahang Dilonggarkan Lagi

Selain itu, kanak-kanak 7 tahun dan ke atas kini dibenarkan untuk mengerjakan solat Jumaat dan solat Fardhu yang sebelum ini hanya terhad kepada berumur 12 tahun ke atas sahaja.

Walaubagaimanapun, SOP sedia ada seperti pemakaian face mask, penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri masih perlu dipatuhi dan diamalkan sepanjang masa ketika berada di dalam kawasan masjid. 

Keputusan beberapa kelonggaran ini pastinya memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadah dengan lebih selesa dan sekali gus dapat mengimarahkan kembali masjid dan surau terutamanya di negeri Pahang.


sumber : pahangmedia dan MTJ

1/Post a Comment/Comments

  1. alhamdulillah... semoga segalanya dirahmati Allah Taala

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post