Tambahan 4 minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

Tambahan 4 minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

Jabatan Mufti Negeri Pahang baru-baru ini mengumumkan tambahan 4 minit waktu Solat Isyak di seluruh negeri Pahang.

Melalui surat yang dikongsikan dimana sebenarnya terdapat kesalahan dikesan melibatkan janaan data waktu Solat Isyak sahaja bagi tahun 2021 iaitu melibatkan keseluruhan 6 zon negeri Pahang. Kesalahan ini merupakan kesalahan teknikal yang melibatkan kesalahan meletakkan "default" 17 darjah sudut matahari di bawah ufuk oleh pemproses data solat bagi negeri Pahang.

Oleh itu, mana-mana pihak atau individu yang telah menerima jadual solat sebelum ini, diminta untuk buat penambahan 4 minit ke atas waktu Solat Isyak bagi seluruh negeri Pahang.

Tambahan 4 minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

Waktu Tambahan 4 Minit Solat Isyak Di Pahang

Sekadar rujukan, ini merupakan waktu solat bagi daerah Temerloh yang dipaparkan melalui aplikasi Muslim Pro yang menunjukkan waktu Solat Isyak masih belum dikemaskini untuk bulan Mac 2021.

Tambahan 4 minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

Manakala ini merupakan waktu Solat bagi daerah Temerloh terbaru selepas ditambahn 4 minit bagi waktu Solat Isyak sepanjang Mac 2021

Tambahan 4 minit Waktu Solat Isyak Di Seluruh Negeri Pahang

Jadi anda boleh dapatkan waktu solat yang betul selepas kemaskini untuk setiap Zon di negeri Pahang melalui pautan yang dikongsikan dibawah. Ianya merupakan takwim yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Pahang dengan rujukan JAKIM (www.e-solat.gov.my)

Zon Tempat Takwim
Zon 1 Pulau Tioman Download
Zon 2 Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan Download
Zon 3 Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera dan Jerantut Download
Zon 4 Bentong, Raub dan Lipis Download
Zon 5 Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi 02 Download
Zon 6 Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands Download

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post