Senarai Tetapan Suhu Dan Masa Untuk Masak Bagi Menggunakan Air Fryer

Senarai Tetapan Suhu Dan Masa Untuk Masak Bagi Menggunakan Air Fryer

Tak tahu nak tetapkan suhu dan masa ketika menggunakan Air Fryer? Jangan risau, anda boleh ikuti jadual yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk masak beberapa jenis makanan yang disenaraikan.

Air Fryer kini sepertinya sudah menjadi perkakas dapur perlu bagi setiap ruang dapur. Selain daripada saiznya yang kecil dan harganya berpatutan, orang ramai dapatkan Air Fryer kerana boleh masak tanpa menggunakan minyak. Jadi makanan menjadi lebih sihat untuk kita.

BACA : 30+ Jenis Hadiah Termasuk Air Fryer Untuk Perempuan Boleh Diberi. Mesti Mereka Suka!

Walaubagaimanapun setiap masakan berbeza suhu dan masa yang ditetapkan sehingga ianya masak dengan sempurna. Jadi mengelakkan makanan hangus, rosak, atau tak masak dengan sempurna, ikuti panduan tetapan suhu dan masa untuk masak bagi yang menggunakan Air Fryer disini.

Panduan Tetapan Suhu Dan Masa Menggunakan Air Fryer

Panduan ini menggunakan jenis makanan, suhu dalam unit (C) dan juga masa dalam unit minit. Jadi jika ada Air Fryer anda menggunakan unit lain, mungkin boleh tukar unit terlebih dahulu. Panduan ini mungkin sedikit berbeza mengikut Air Fryer. Ini hanya sekadar panduan sahaja.

Jenis Makanan Suhu (°C) Masa (min)
Ikan Cencaru Sumbat 200 15
Ikan Keli 200 10+7
Ikan Kembung 160 20
Ikan Steam 160 40
Ikan Bilis 160 10
Salmon Grill 180 20
Fish Ball 180 10
Sate Ikan Lokcing 150 20
Telur Masak Penuh 160 20
Telur Masak Separuh 160 10
Telur Dadar (Minyak Sikit) 160 10
Telur Rebus 160 14
Jagung Bakar Sapu Marjerin 170 20
Pisang Karamel 180 10
Pisang Goreng Tepung 200 5
Keropok Lekor Gaul Minyak 180 15
Keropok/Kerepek Keping 160 5
Kacang Tanah 160 15
Kerepek Binjai 160 10
Papadom 170 10
Tempe 160 15
Cendawan Tepung 160 20+10
Ayam Sekor 230 30
Ayam Bakar 180 10+10
Ayam Panggang 140 45
Ayam Goreng Tepung 160 40
Dading Hiris Bakar 180 15+15
Lamb Chop 180 16
Sotong Kari Kering 200 10
Sotong Kukus 180 25
Daging Burger 180 7+7
Nugget & Sosej 180 10
French Fries 150 10
Roti Telur Tak Goyang 180 5
Roti Baka Cheese 180 5
Brownies 140 50
Chocholate Muffin 160 12
Donat Segera 140 5
Roti Canai Segera 180 5
Samosa 140 20
Jemput-Jemput 180 10+10
Bergedil 170 13
Pizza 160 20
Tauhu Goreng 180 20
Kacang Gajus 140 5

sumber asal daripada grafik dibawah

Senarai Tetapan Suhu Dan Masa Untuk Masak Bagi Menggunakan Air Fryer

Resepi Istimewa Air Fryer

Selain daripada tetapan suhu dan masa Air Fryer, jika anda ingin dapatkan senarai 77 resepi istimewa menggunakan peralatan mudah ini, anda boleh dapatkan buku resepi ini dengan harga RM19.90 sahaja di Shopee. Klik putan dibawah

SHOPEE/button

senarai resepi istimewa air fryer

Harap bermanfaat kepada semua...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post