Saksikan Kesemua Episod Drama Covid Oh Covid Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Covid Oh Covid Di TV3 (Slot Lestary)

Slot Lestary TV3 diteruskan lagi dengan drama Covid Oh Covid yang akan mula bersiaran pada 2 April 2021 bagi menggantikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam sebelum ini. Selain di TV3, anda juga boleh tonton di aplikasi iQIYI secara percuma.

Jika sebelum ini kita dapat saksikan drama Hadiah Dari Tuhan yang berlatarbelakangkan situasa semasa negara apabila negara dilanda pandemik COVID-19 beserta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kali ini drama Covid Oh Covid cuba menerapkan dan mengetengahkan sekali lagi situasi tersebut dalam drama ini iaitu pandemik dan PKP. Sangat menarik dan related dengan penonton tempatan.

Tetapi tidak cukup dengan itu, drama ini juga menampilkan barisan pelakon hebat dalam sebuah cerita. Jika anda dapat lihat, ada pelakon seperti Datin Sri Paduka Umie Aida, Adibah Noor, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah dan ramai lagi la.

Drama Covid Oh Covid Di TV3 (Slot Lestary)

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Izuan Mokhtar
Terbitan : Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama ini ialah Datin Sri Paduka Umie Aida, Adibah Noor, Tony Eusoff, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah dan Nabila Huda, Yusof Hashim, Amar Asyraf, Nasir Al Aydrus dan ramai lagi.

  • Tony Eusoff sebagai TUAN ARIFFIN
  • Datin Paduka Umie Aida sebagai TOK WAN
  • Adibah Noor sebagai HABSAH
  • Syafiq Kyle sebagai ZAFRIN
  • Tiz Zaqyah sebagai SAFURA
  • Nabila Huda sebagai SALMIAH
  • Nora Danish sebagai SUHAILA
  • Nasir Al Aydrus sebagai SHAZRUL
  • Fatiya Latiff sebagai RIANA

Drama Covid Oh Covid Di TV3 (Slot Lestary)

Sinopsis Drama Covid Oh Covid

Drama Covid Oh Covid menceritakan tentang sebuah keluarga yang tinggal di Villa Angrani. Habsah, anak perempuan sulung Tok Wan terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya, Tuan Ariffin  secara diam-diam telah mengambil isteri kedua selama ini. Cucu perempuan Tok Wan, Safura, yang merupakan penyanyi, merancang untuk mengadakan konsert maya untuk mengumpulkan dana untuk membantu orang-orang di industri kreatif yang terjejas oleh wabak itu.

Salah seorang cucu perempuan Tok Wan yang lain, Shazlin, kini menghadapi masalah apabila suaminya mendapat tahu bahawa dia tidak boleh memasak dan memesan makanan mereka yang enak dari restoran! Banyak lagi insiden yang lucu akan berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya, dan kita akan melihat bagaimana kejadian itu dapat dilakukan bersama sebagai satu keluarga.

Drama Covid Oh Covid Di TV3 (Slot Lestary)

Waktu Tayangan

Drama 13 episod Covid oh Covid akan disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3 mulai 2 April ini. Jika terlepas, jangan risau, anda masih boleh saksikan secara online dengan kualiti HD di aplikasi iQIYI secara percuma atau di website www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di TV; 10 malam.

Tonton Drama Covid oh Covid (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)


1/Post a Comment/Comments

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post