Senarai Hotel Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Untuk Tahun 2021

Senarai Hotel Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Untuk Tahun 2021

Mencari halal itu adalah wajib bagi umat Islam. Oleh itu, bagi memudahkan orang muslim, bahagian pengurusan Halal JAIP telah menyenaraikan hotel yang memegang sijil halal Malaysia bagi seluruh negeri Pahang untuk kemaskini Januari 2021.

Tidak lama lagi, kita akan memasuki bulan yang mulia, bulan Ramadan. Jadi antara perkara biasa yang berlaku setiap tahun adalah aktiviti berbuka puasa di luar terutamanya di hotel, lagi-lagi bagi mereka yang inginkan keistimewaan berbuka puasa.

Jadi ramai lagi, mereka sudah start cuba mencari pakej-pakej buffet Ramadan di hotel-hotel yang ada di Pahang ini. Buat perbandingan antara hotel dan pastinya juadah dan harga yang dititikberatkan. Tetapi ada satu lagi perkara penting yang perlu mereka cakna iaitu status halal. Adakah hotel tersebut masih memegang Sijil Halal Malaysia? atau langsung tak pernah ada?

BACA : Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Seluruh Negeri Pahang Tahun 2021

Oleh itu, jangan risau, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang telah mengeluarkan senarai hotel pemegang Sijil Halal Malaysia bagi negeri Pahang yang telah dikemaskini sehingga 8 April 2021.

Senarai Hotel Pemegang Sijil Halal Malaysia Negeri Pahang

Jadi dinasihatkan kepada umat Islam yang ingin membuat tempahan buffer Ramadan di hotel, semak terlebih dahulu adakah hotel tersebut pemegang sijil halal Malaysia. Dalam senarai ini, hanya melibatkan 9 daerah sahaja. 

Kuantan

  • Hotel Seri Manja
  • Royale Chulan Cherating
  • Swiss-Belhotel
  • Adena Resort
  • Swiss Garden Kuantan
  • Residence Inn & Motel
  • Hotel Mandurah
  • Grand Darul Makmur
  • Cherating Holiday Villa
  • Hotel Cathayana
  • City Times Hotel
  • De Rhu Beach Resort
  • Hotel Rocana
  • Hotel Grand Continental
  • Zenith Hotel
  • Megaview
  • Suria Resort Cherating
  • Hotel Sentral
  • Kosma Tourism
  • Bukit Gambang Resort
  • E Red Hotel
  • Meriton Inn
  • Seri Malaysia Kuantan
  • Seasons View Hotel
  • AC Hotel
  • Hotel Hahzan

Bentong

  • Cherengin Hills
  • Swiss Garden Genting Highlands
  • Geo Resort
  • Awana Genting Highlands
  • Grand Ion Delemen
  • 101 Resort
  • Camp ABC
  • Al-Sakinan Resort
  • Colmar Tropicale

Cameron Highlands

  • Avillion
  • Century Pines
  • Heritage Hotel
  • Copthorne
  • Aranda Nova
  • Hotel Titiwangsa

Rompin

  • Seri Malaysia Rompin
  • Sun Beach Resort
  • Rompin Beach Resort

Temerloh

  • Seri Malaysia Temerloh
  • Green Park Hotel
  • Rest House Temerloh

Lipis

  • Lipis Plaza
  • Starwell Hotel

Raub

  • Shahzan Inn Bukit Fraser
  • MS Chemerkau Chekas Chalet

Jerantut

  • Hotel Darul Makmur
  • Felda Residence Tekam

Pekan

  • Ancasa Royale Pekan

Senarai Hotel Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Untuk Tahun 2021



sumber : Halal JAIP

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post