Sri Pahang FC Benarkan 2,128 Penonton Masuk Stadium Darul Makmur Pada Selasa Ini

Sri Pahang FC Benarkan 2,128 Penonton Masuk Stadium Darul Makmur Pada Selasa Ini

Selepas selesai bermesyuarat, hari ini pihak pengurusan Sri Pahang FC bersetuju membenarkan 2,128 penonton untuk masuk ke Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang bagi menyaksikan perlawanan ke-7 pada Selasai ini, 6 April 2021. Keputusan ini diumumkan sendiri oleh CEO Sri Pahang FC, Dato' Mohammed Suffian Bin Awang sebentar tadi.

BACA : Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Stadium Darul Makmur Bakal Bergema Kembali

Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan membenarkan kehadiran penonton bagi venue atau stadium sukan bermula 1 April 2021 tetapi perlulah mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

Oleh itu, hari ini, pihak pengurusan telah bermesyuarat dan telah melakukan perbincangan bersama Bahagian Keselamatan Stadium dan juga pihak Polis. Sri Pahang FC telah memutuskan jumlah kemasukan penonton ke Stadium Darul Makmur pada perlawanan Sri Pahang FC bertemu Terengganu FC, 6 April 2021 adalah seramai 2,128 mengikut zon tertentu.

Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa bergantung pada keadaan pandemik COVID-19. Pihak pengurusan juga berharap agar semua penonton yang hadir ke Stadium Darul Makmur dapat mematuhi SOP yang disediakan.

Walaubagaimanapun, setakat ini masih tiada lagi pengumuman cara pembelian tiket perlawanan. Jika berpandukan SOP yang ditetapkan oleh MKN, pembelian tiket mestilah dibuat secara online. Mungkin mereka akan menggunakan semua aplikasi Sri Pahang FC bagi pembelian atas talian.

[Kemaskini]

Cara Beli Tiket Bola Sepak

Bagi tiket bola sepak perlawanan ke-7 antara Sri Pahang FC bertemu Terengganu FC, penjualan telah dibuat bermula 5 April 2021 yang dibuat secara online sahaja. Jadi anda boleh beli melalui ticket.tickethotline.com.my/club/pahang/5/home dengan harga RM13.

Tiket hanya dijual kepada pasukan tuan rumah sahaja. Kanak-kanak 12 tahun kebawah, warga emas, OKU serta mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk kedalam stadium. Anda diwajibkan membawa kad pengenalan ketika memasuki stadium

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post