Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Dikenakan PKPD Bermula 28 Mei Ini

Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Dikenakan PKPD Bermula 28 Mei Ini

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri hari ini mengumumkan dimana 2 mukim dalam daerah Temerloh iaitu Mukim Perak dan Mukim Bangau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 28 Mei hingga 10 Jun 2021.

BACA : 6,806 Kes Harian Tertinggi COVID-19 Yang Pernah Direkodkan Pada 20 Mei Yang Lalu

Kerajaan bersetuju selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi COVID-19 di 2 mukim tersebut dimana dilaporkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh 10 hari iaitu sebanyak 180 kes positif telah direkodkan hasil ujian saringan ke atas 1,433 orang dia kedua-dua mukim tersebut.

Pelaksanaan PKPD ini bertujuan bagi mengawal pergerakan penduduk di kesemua kawasan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.

BACA : SOP Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKPD Di Temerloh 

Untuk rekod, setakat 26 Mei 2021, menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Temerloh mencatatkan 3 kes baru yang menjadikan kes aktif sebanyak 146 setakat ini. Manakala unutk jumlah keseluruhan adalah sebanyak 738 kes. Seluruh daerah Temerloh masih berada di dalam zon merah. 

Kawasan Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh

Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Dikenakan PKPD Bermula 28 Mei Ini

Berikut merupakan senarai kawasan yang terdapat di mukim Perak dan Bangau di dalam daerah Temerloh berdasarkan pdttemerloh.pahang.gov.my

Perak I

  • Kg. Belengu
  • Kg. Pangsenam
  • Kg. Buntut Pulau
  • Kg. Megat Segama
  • Kg. Bukit Kelulut
  • Kg. Tanjung Lalang
  • Kg. Jalan Bahagia/Bukit Kemuning
  • Kg. Batu Satu
  • Kg. Paya Kechik
  • Kg. Tualang
  • Kg. Tebal
  • Kg. Bt 4 Jln. Maran
  • Kg. Bukit Kepayang
  • Kg. Tok Mahadi (Paya Jauh)
  • Taman Sri Semantan
  • Taman Temerloh Jaya
  • Taman Jaya 6
  • Taman Bunga Raya

*Jika tak silap, Taman Temerloh Jaya dan kawasan sekitar adalah duduk di dalam mukim Perak.

Perak II

  • Kg. Paya Luas
  • Kg. Pamah Kaseh
  • Kg. Seberang Temerloh
  • Kg. Paya Pulai
  • Kg. Tanjung Batu
  • Pamak Kaseh
  • Padang Lalang

Bangau

  • Kg. Bangau Tanjung
  • Kg. Bukit Resak
  • Kg. Bangau Parit
  • Kg. Tanjong Besar
  • Kg. Teluk Ira
  • Kg. Gau Baru

sumber : Majlis Keselamatan Negara

3/Post a Comment/Comments

  1. Mudah2an jangkitannya dapat dibendung

    ReplyDelete
  2. Diharap ini usaha yang diiring dengan redha Allah swt. Aamiin. Mudah dan lancar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post